webnovel

Aku Di Dunia Elf

Kerana dibenci oleh sahabat baiknya sendiri, dia terbunuh dalam satu misi yang dirancang. Aubree ialah seorang assasin dan juga seorang tentera dengan kemampuan ilmu bela diri yang sangat tinggi dan sukar untuk dikalahkan. Kerana iri hati dengan kelebihan Aubree, Lucy yang sudah menjadi sahabat baik kepada Aubree sejak dari kecil sanggup berkomplot dengan musuh mereka untuk membunuh Aubree. Aubree terlahir kembali di sebuah dunia lain, dunia yang tidak pernah Aubree lihat. Dia terlahir semula di sebuah dunia yang dipanggil Dunia Elf. Dunia Elf? Siapa yang menyangka yang dia akan terlahir semula di badan seorang elf perempuan yang mempunyai nama yang sama dengan dia. Bezanya, elf perempuan ini adalah seorang yang lembap, bodoh dan sangat lemah. Di Dunia Elf, mereka memiliki elemen-elemen dunia dan ilmu bela diri. Elf paling lemah hanya mampu melakukan beberapa jenis ilmu bela diri tanpa elemen mereka... Tapi apa hal pula Elf yang satu ini tiada elemen dunia dan tiada ilmu bela diri. Aubree yang sangat mementingkan ilmu bela diri demi keselamatan diri, menjadi pening dengan badan baru ini. Badan baru ini sangat lemah, sangat-sangat lemah sehingga dia tidak mampu melakukan kerja lain selain menjadi pembantu rumah biasa... Dan pemilik sebelum ini meninggal hanya kerana tertelan roti---Tunggu, apa? Dunia, apa dah jadi? Memandangkan Aubree yang memiliki tubuh ini sekarang, dia berjanji kepada pemilik sebenar yang dia akan meneruskan hidup dan menukarkan sejarah kehidupan yang menyedihkan.

bbeatyybrr · Fantasy
Not enough ratings
93 Chs

Ramalan Yang Tertulis(2)

Aubree dan Meliani membiarkan suasana di sekeliling mereka sunyi tapi mata mereka masing-masing sedang berbalas pandangan dan boleh dilihat ada perang dingin di sebalik sebalik perbuatan mereka.

"Apa yang kau mahu untuk ceritakan saya pasal benda ni? Kau tahu saya tidak kisah dengan ramalan-ramalan seperti ini?" kata Aubree setelah lama mendiamkan diri.

Meliani tersengih, masih dengan senyuman sinis. Dia langsung tidak kisah jika dia tidak menyembunyikan perasaannya di depan Aubree.

"Kau yakin kau tidak mahu kisah dengan benda seperti ini? Apa yang saya nampak dalam beberapa hari ini, kau nampak rapat dengan Issac. Untuk pengetahuan kau, Issac sudah pun terikat dengan saya dan selamanya dia tidak akan pernah jatuh ke tangan kau. Oh ya, saya lupa... Issac tidak pernah ceritakan benda ini pada kau?"

Aubree sekali lagi mendiamkan diri. Tapi kerutan di dahinya membuatkan perasaannya dapat dilihat oleh Meliani dan Meliani dapat meneka kalau Aubree tidak pernah tahu akan hal ini.

"Oh, dari raut wajah kau itu, saya rasa Issac tidak beritahu kau, betulkan? Dia memang lelaki yang jahat, sepatutnya dia beritahu kau supaya tiada berlaku salah faham diantara kita.."

Meliani mengangkat cawan kaca yang ada di depannya dan menghirup minuman berwarna merah di dalamnya.

Aubree tidak tahu minuman jenis apa itu tapi dia tahu minuman itu adalah sejenis herba melalui bau yang dihasilkan minuman itu.

"Saya biarkan Issac meluangkan masa bersama dengan kau dalam masa beberapa hari ini, berharap agar dia dapat memberitahu perkara ini pada kau. Saya mahu dia sedar yang ramalan tentang takdir dia itu tidak boleh diputuskan dengan senang. Nyawa dia akan melayang jika dia berani melanggar ramalan yang sudah ditakdirkan."

"Saya dan Issac tidak mempunyai apa-apa yang menarik untuk kau tahu. Jadi kau tidak perlu risau kalau dia akan tinggalkan kau. Lagipun, dia hanya mendekati saya kerana saya juga ialah pemilik kepada Kristal Kehidupan. Kau rasa kenapa orang berkawan dengan saya selama ini? Sebab saya adalah pemilik Kristal Kehidupan itu," Aubree menjawab dengan wajah kosong.

Sungguh, saat minda dan hatinya merasa kosong. Dia tidak boleh berfikir apa-apa kerana fikirannya dipenuhi dengan perkara yang dijelaskan oleh Meliani.

Aubree tahu saat ini Meliani sengaja berkata begini untuk menguji dia tapi Aubree tidak boleh berhenti daripada merasa marah dan kecewa.

Dia teringat dengan kata-kata Issac sebelum ini dan mengingati semua itu hanya membuatkan perasaan Aubree semakin turun dan akhirnya tiada satu pun yang tinggal. Yang tinggal hanyalah perasaan kecewa dan marah.

Aubree tidak percaya yang hubungan Issac dan Meliani sedalam ini dan sudah pun terikat sejak kecil. Yang membuatkan Aubree sangat tertekan adalah Issac langsung tidak pernah menceritakan perkara ini kepada dia.

Aubree tahu Meliani saat ini tidak berbohong melalui riak wajahnya. Tapi takdir yang sudah tertulis diantara mereka berdua itu membuatkan Aubree ingin percaya yang Meliani hanya berbohong kepadanya.

"Oh kau tahu mereka saja mendekati kau sebab kau adalah pemilik Kristal Kehidupan? Jadi kenapa kau masih memilih untuk tinggal di sini? Kau patut tahu berbeza dengan saya, kehadiran kau di sini tidak sepenuhnya diterima semua orang sebab selama ini, hanya ada seorang saja pemilik Kristal Kehidupan itu," kata Meliani lagi.

Aubree memandang Meliani. Wajahnya makin lama makin dingin. "Kau sengaja berkata begini sebab ini juga tertulis dalam ramalan ke?"

Meliani ketawa kecil. "Tidak, bukan begitu. Saya hanya katakan begini sebab saya tidak mahu tengok kau yang dipersendakan oleh Elf lain di belakang kau. Saya cuma mahu tolong kau sebelum semuanya terlambat."

"Saya boleh jaga diri saya sendiri. Kau tidak perlu tolong saya apa-apa," kata Aubree pula.

Meliani diam untuk beberapa saat sambil matanya tidak beralih dari wajah Aubree. Senyuman kecil tapi penuh dengan maksud sinis muncul di wajahnya. "Baiklah, kalau itu yang kau mahu. Jangan pula kau merasa menyesal setelah semua yang saya katakan ini."

Aubree tidak menjawab lagi dan hanya mendiamkan diri. Tapi kerana fikirannya tidak fokus kepada apa-apa perkara, imej Issac muncul di mindanya membuatkan Aubree teringat akan ramalan yang sudah diceritakan oleh Meliani tadi.

Sekali lagi, perasaan marah membuak-buak dalam dirinya.

"Ingat Audrey, apa yang kau fikir kau miliki tidak mungkin akan menjadi milik kau selamanya. Apa yang tertulis di dalam takdir pasti akan terjadi dan bila tiba masanya, kau harus melepaskan apa yang kau miliki itu..."

Aubree sekadar menatap Meliani dengan sikap acuh tidak acuh.

"Issac dan saya sudah diikat sejak kami kecil dan tidak mungkin takdir itu akan diputuskan dengan senang. Saya nasihatkan kau untuk tidak melawan apa yang sudah dituliskan dalam takdir..."

Aubree terus berdiri. Dia tidak mahu tinggal di dalam bilik ini lebih lama lagi jika Meliani terus bercakap mengenai Issac. Sudah cukup dia mendengar apa yang dia perlu dengar dari Meliani. Dia tidak mahu mendengar apa yang dikatakan oleh Meliani lagi atau jika tidak, dia tidak yakin kalau dia mampu menahan amarahnya yang mula menggunung itu.

"Saya terpaksa meminta maaf kepada Puteri Meliani sebab saya tidak dapat menemani Puteri Meliani makan malam. Saya masih ingat yang saya masih ada pekerjaan yang perlu saya siapkan untuk menghadapi latihan baru saya. Kalau Yang Mulia tidak ada apa-apa yang perlu beritahu saya lagi, saya akan mengundurkan diri. Selamat malam, Yang Mulia..."

Tanpa menunggu jawapan dari Meliani, Aubree terus mengorak langkah dan keluar dari bilik itu.

Meliani hanya sekadar memerhati gerakan Aubree dan setelah kelibat Aubree menghilang dari sebalik pintu, tawa jahat terdengar keluar dari mulutnya. Bukannya dia tidak tahu kalau saat ini Aubree sudah mempercayai apa yang diceritakan oleh Meliani tadi.

Apa yang telah diceritakan oleh Meliani tadi adalah betul dan Issac diramal akan bergandingan dengan pemilik Kristal Kehidupan untuk mengalahkan Raja Kegelapan.

Pada mulanya, Meliani percaya yang ramalan itu menyatakan yang dia adalah wanita Elf yang akan diikat dalam ikatan perkahwinan dengan Issac. Meliani mempercayai ramalan itu dan semakin lama semakin jatuh cinta kepada Issac kerana wajahnya yang tampan dan perwatakan lelaki itu sendiri.

Kepercayaan itu masih bertahan sehinggalah ramalan baru muncul dan Aubree pula diramal menjadi pemilik kedua Kristal Kehidupan itu.

Bila memikirkan yang ramalan mengenai Issac akan bergandingan dengan pemilik Kristal Kehidupan dan tidak menyatakan dengan spesifik siapakah pemilik itu, Meliani menjadi cemas dan bimbang.

Boleh jadi antara Meliani atau Aubree.

Meliani sudah kehilangan kedudukan unggulnya selepas kehadiran Aubree dan sekarang Meliani tidak rela kehilangan Issac. Dia tidak mungkin akan biarkan Issac pergi bersama Aubree.

Dan melihat kedekatan mereka berdua membuatkan perasaan Meliani menjadi semakin cemas dan takut. Oleh itu, Meliani menggunakan alasan ramalan ini untuk membuatkan Aubree melupakan apa saja perasaan yang dia rasa itu terhadap Issac dan berharap selepas ini, Aubree akan meninggalkan Issac.

"Saya sudah berikan amaran kepada kau, Audrey. Jika selepas ini, kau masih tidak tahu kedudukan kau di mana, jangan salahkan saya jika saya harus menghapuskan kau kerana ingin mempertahankan seorang lelaki yang saya cintai..."bisik Meliani seorang diri di dalam bilik yang sunyi itu.

***

Sementara itu, Aubree yang keluar dari bilik Meliani itu segera kembali ke biliknya lagi untuk menenangkan hatinya yang bergelora itu.

White yang masih ada di ruangan itu terjaga dari tidur saat menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Aubree. White pun bangkit dan duduk di atas lantai sambil tetap menatap Aubree.

"White, adakah kau pasti yang saya adalah pemilik Kristal Kehidupan? Bukankah pemilik Kristal Kehidupan yang asli cuma ada satu saja?" tanya Aubree perlahan dan lemah.

White diam untuk beberapa saat, cuba untuk meneka kenapa Ratu Kerajaan Iron Tulip itu merasa sedih dan sayu saat ini.

[Ya, saya sangat yakin, Yang Mulia. Naluri seekor Haiwan Sakti tidak pernah salah.]

Aubree hanya menjeling White. "Jadi mungkin kau bukan seekor Haiwan Sakti lagi. Naluri kau itu adalah salah. Saya bukan seorang pemilik Kristal Kehidupan dan saya juga bukan permaisuri yang kau cari..."

Setelah mengatakan begitu, Aubree keluar lagi dan membiarkan White is kebingungan di dalam bilik itu.

[Apa yang terjadi saat Yang Mulia keluar dari bilik?]

Sepanjang malam itu, Aubree tidak kembali ke biliknya dan White yang merasa risau itu keluar dari bilik dan mula mencari Aubree.

Saat menemukan Aubree, White melihat Aubree berlatih gerakan ilmu bela diri di tepi sungai tanpa henti.

White tidak berani mengganggu Aubree saat ini kerana White tahu kalau emosi Aubree sekarang tidak stabil.

Saya rasa ada yang typo dalam bab ni dan sebelum ni... Tapi sebab saya belum check lagi, saya tidak tahu... Anyway, very sorry kalau ada salah taip.

Enjoy everyone!

bbeatyybrrcreators' thoughts