webnovel

Aku Di Dunia Elf

Kerana dibenci oleh sahabat baiknya sendiri, dia terbunuh dalam satu misi yang dirancang. Aubree ialah seorang assasin dan juga seorang tentera dengan kemampuan ilmu bela diri yang sangat tinggi dan sukar untuk dikalahkan. Kerana iri hati dengan kelebihan Aubree, Lucy yang sudah menjadi sahabat baik kepada Aubree sejak dari kecil sanggup berkomplot dengan musuh mereka untuk membunuh Aubree. Aubree terlahir kembali di sebuah dunia lain, dunia yang tidak pernah Aubree lihat. Dia terlahir semula di sebuah dunia yang dipanggil Dunia Elf. Dunia Elf? Siapa yang menyangka yang dia akan terlahir semula di badan seorang elf perempuan yang mempunyai nama yang sama dengan dia. Bezanya, elf perempuan ini adalah seorang yang lembap, bodoh dan sangat lemah. Di Dunia Elf, mereka memiliki elemen-elemen dunia dan ilmu bela diri. Elf paling lemah hanya mampu melakukan beberapa jenis ilmu bela diri tanpa elemen mereka... Tapi apa hal pula Elf yang satu ini tiada elemen dunia dan tiada ilmu bela diri. Aubree yang sangat mementingkan ilmu bela diri demi keselamatan diri, menjadi pening dengan badan baru ini. Badan baru ini sangat lemah, sangat-sangat lemah sehingga dia tidak mampu melakukan kerja lain selain menjadi pembantu rumah biasa... Dan pemilik sebelum ini meninggal hanya kerana tertelan roti---Tunggu, apa? Dunia, apa dah jadi? Memandangkan Aubree yang memiliki tubuh ini sekarang, dia berjanji kepada pemilik sebenar yang dia akan meneruskan hidup dan menukarkan sejarah kehidupan yang menyedihkan.

bbeatyybrr · Fantasy
Not enough ratings
93 Chs

Putera Kedua dari Kerajaan Selatan

Sepanjang perjalanan selama dua hari, tiada perkara yang menghalang perjalanan mereka. Dan Aubree juga tidak menghentikan perjalanan mereka kecuali untuk berehat, ketika mengisi perut dan ketika di malam hari.

Pada hari ketiga, mereka telah melalui sebuah kawasan hutan tebal. Hutan itu bukanlah seperti hutan yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau, sebaliknya kesemua tumbuhan di hutan ini mempunyai warna seperti warna jingga kekuningan.

Julie yang melihat pemandangan yang cantik itu, memandang ke arah luar dengan mulut yang ternganga.

Kereta yang dinaiki segera dihentikan kerana mereka mendengar seperti ada bunyi perlawanan di hadapan jalan yang mereka lalui.

Aubree segera keluar dari kereta untuk memeriksa keadaan. "Apa yang berlaku di depan sana?"

"Yang Mulia, saya sudah menghantar beberapa orang pengikut untuk menyiasat apakah yang terjadi di depan sana. Mungkin saja yang menyerang itu ialah Tentera Kegelapan..."

Aubree mengeluh kecil. Dia mendongak ke atas dan melihat ada sebuah dahan pokok yang tinggi dan sesuai untuk tempat Aubree melihat dari kedudukan yang tinggi.

Serta-merta, mata Aubree berubah menjadi warna merah dan Aubree menggunakan elemen angin untuk menolak dirinya naik ke udara dan hinggap di batang pokok yang besar itu.

Melihat Aubree yang sudah terbang ke dahan sebuah pokok, para Tentera yang lain juga mengikuti pergerakan Aubree tapi kebanyakan mereka hanya hinggap di dahan yang lebih rendah dari Aubree.

Malah mereka juga terpegun melihat Aubree dengan cepatnya tiba di atas dahan pokok berbanding dengan mereka yang harus melompat dari dahan ke dahan pokok untuk sampai di ketinggian pokok yang mereka inginkan.

Setelah Aubree berjaya berdiri di atas dahan pokok itu, Aubree menggantikan anak matanya yang berwarna merah itu menjadi warna emas lagi.

Dari tempat dia berdiri, Aubree boleh melihat ada sebuah perlawanan yang terjadi tidak jauh dari arah depan jalan yang digunakan oleh Aubree untuk kembali ke Kerajaan Iron Tulip.

Kumpulan yang satu memakai seragam Tentera Elf berwarna hijau berwarna manakala kumpulan yang satu pula memakai seragam yang berwarna hitam.

Serta-merta, Aubree mengenali kumpulan yang memakai seragam berwarna hitam adalah Tentera Elf yang berasal dari Kerajaan Kegelapan.

Aubree menoleh ke arah dua orang Tentera Elf yang berada di dahan yang lebih rendah dari dahan yang dia pijak. "Tentera Kegelapan sedang menyerang kumpulan salah sebuah kumpulan Tentera Elf. Hantarkan semua pejuang kita untuk menolong mereka."

Iston, salah satu tentera yang dipandang oleh Aubree tadi segera mengangguk. "Arahan diterima, Yang Mulia!"

Setelah menerima arahan itu, Iston menggunakan isyarat tangan untuk menyuruh beberapa orang Elf agar mereka segera bergerak dan menolong kumpulan Tentera Elf yang diserang.

Arahan itu dilakukan dengan pantas dan cekap.

Kemenangan hampir berpihak kepada kumpulan Tentera Kegelapan tapi tiba-tiba datang pula sekumpulan kumpulan Elf lagi dan menolong kumpulan Elf yang memakai seragam hijau tadi.

Kerana kedatangan kumpulan Elf yang baru itu lebih kuat dari kumpulan Tentera Elf yang berseragam hijau, kumpulan Tentera Kegelapan pun akhirnya kalah. Mereka tidak mempunyai pilihan lain selain berundur.

Dengan berundurnya kumpulan Tentera Kegelapan, tiada lagi pertarungan yang terjadi.

Luthien yang juga mengikuti kumpulannya tadi menyerang kumpulan Tentera Kegelapan itu segera memerintahkan yang Elf lain untuk memeriksa keadaan kumpulan Elf yang berseragam hijau tadi.

Setelah diperiksa, ramai diantara mereka yang cedera parah. Hanya ada beberapa dari antara mereka yang mengalami cedera ringan.

Tidak lama kemudian, Aubree pun tiba di tempat itu. Dia segera bertanya kepada Luthien tentang situasi mereka saat ini.

Luthien pun melaporkan situasi saat ini kepada Aubree tanpa menyembunyikan apa-apa.

Setelah laporan itu selesai, Aubree mengangguk dengan wajah puas hati. "Bagus! Untuk masa ini, kita tolong mereka dulu untuk mengubati luka mereka sebelum kita teruskan perjalanan ke Kerajaan Iron Tulip."

"Baik, Yang Mulia!"

Luthien pun memimpin pengikut Elf yang lain agar menyediakan peralatan yang sesuai agar mereka boleh merawat kumpulan Tentera Elf berseragam hijau tadi.

Beberapa orang dari mereka yang mempunyai elemen tanah, membuat tiga buah kubu yang boleh memuatkan empat hingga lima orang di dalamnya. Semua pengikut Aubree bekerja dengan cekap dan pantas. Tidak sampai empat jam kemudian, semua tentera yang cedera sudah dirawat dan kini sedang berehat di kubu masing-masing.

Aubree duduk berehat sambil matanya menatap unggun api di depannya. Sejak dari awal para pengikutnya melakukan kerja merawat, dia hanya duduk di sana dan menatap ke udara kosong, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Meja di tepi Aubree telah diletakkan seteko teh panas dengan cawan dan sepinggang biskut manis. Semua itu disediakan oleh para Elf wanita yang mengikuti Aubree dalam perjalanan ini.

White pula tidak mengganggu Aubree dan hanya tidur di sebelah kaki Aubree.

Julie pula duduk di permaidani lembut yang disediakan sambil membaca buku.

Luthien mendekati Aubree dan menunduk hormat kepada Permaisuri Elf. "Yang Mulia, saya sudah menyiasat latar belakang kumpulan Elf yang baru saja diserang dengan Tentera Kegelapan ini dan ternyata mereka berasal dari Kerajaan Selatan. Mereka sampai ke sini kerana mereka mencuba melarikan diri dari Tentera Kegelapan. Tapi kerana mereka tidak arif dengan jalan di tempat ini, Tentera Kegelapan senang memerangkap dan menyerang mereka..."

Wajah Aubree berubah menjadi sedikit tegang. Keningnya berkerut kecil. "Kerajaan Selatan?"

"Yang Mulia!" Seorang lagi Elf lelaki berlari menuju ke arah Aubree dengan keadaan terkocoh-kocoh. Setelah tiba di depan Aubree, dia segera melutut ke bawah sehingga satu lututnya menyentuh tanah.

Aubree memandang Elf itu dengan wajah tenang.

"Pemimpin kumpulan Elf yang baru saja diserang tadi mahu berjumpa dengan Yang Mulia. Dia menyebut dirinya sebagai Putera Kedua dari Kerajaan Selatan!"

Mendengar itu, Julie yang sedang membaca itu terus mengangkat wajahnya dan memandang Elf lelaki yang sedang melaporkan hal itu.

"Apa yang sudah kau katakan tadi? Boleh ulang sekali lagi? Putera Kedua dari Kerajaan Selatan?" tanya Julie bertalu-talu.

Raut wajah Julie juga sudah berubah menjadi teruja saat bertanya.

Aubree memandang Julie dengan wajah bingung. Dia tidak faham kenapa Julie tiba-tiba menjadi teruja saat 'Putera Kedua dari Kerajaan Selatan' disebut tadi. Ini kerana Aubree tidak kenal siapakah figura di sebalik nama yang menjadi sebutan itu.

"Kau kenal dengan Putera Kedua dari Kerajaan Selatan itu, Julie?" tanya Aubree.

"Mestilah kenal! Dia ialah Putera Elf dari Kerajaan Ela Selatan yang terkenal dengan wajahnya yang tampan. Saya percaya yang kau tidak akan menyesal jika kau melihat wajah dia..."

Aubree mencebik kecil. Matanya dijulingkan ke atas seolah-olah tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Julie tadi. Tapi dia tidak menolak permintaan Putera Kedua itu untuk berjumpa dengannya.

Saat Aubree berdiri dan dipimpin oleh pengikutnya pergi ke tempat Putera Elf Kedua dari Kerajaan Selatan itu, banyak keluhan yang muncul di mindanya.

'Banyak betul Putera Elf saya jumpa... Mula-mula Kilan, lepas tu ada Jake dan yang terakhir sekali, Issac. Lepas ni ada berapa lagi Putera Elf yang perlu saya jumpa, eh?'

Julie melihat Aubree sudah berjalan pergi tapi tidak membawa dia. Dengan cepat, Julie menarik tangan Aubree lagi dan membuat muka kesian pada Aubree. "Yang Mulia, boleh saya ikut Yang Mulia berjumpa dengan Yang Mulia Putera Kedua? Saya tidak pernah berpeluang untuk melihat Putera Kedua itu secara depan depan..."

Aubree terus memberikan jelingan bengis ke arah Julie. "Tak boleh! Kau tetap diam di sini dan sambung baca buku kau tu lagi." Bukan Aubree tidak tahu apa yang bermain di fikiran Julie. Mesti dia nak cuba gunakan kesempatan ini untuk berkenalan dengan Putera Kedua itu.

Kerana amaran Aubree itu, Julie yang merasa tidak adil dengan layanan Aubree itu pun mengeluarkan muncungnya dan memandang Aubree dengan wajah kesian lagi. Tapi Aubree tidak mudah terpujuk dengan gaya Julie itu.

Aubree dengan selambanya berpusing ke belakang dan meninggalkan Julie di sana dengan sikap tenang. Julie yang melihat Aubree pergi begitu saja, membuka mulutnya dengan luas.

"Dia... Dia... Dia tinggalkan saya begitu saja?~"

Saat Aubree tiba di tempat Putera Elf Kedua dari Kerajaan Selatan itu, Putera itu sedang dirawat oleh para pengikut Aubree. Nampaknya, saat mereka diserang tadi, Putera Elf kedua itu mendapat luka di bahagian tangan kirinya.

Menyedari ada yang datang, Putera Elf Kedua itu memusingkan kepalanya dengan perlahan ke arah Aubree. Di saat mata mereka bertentangan, Putera Elf itu terlihat terkedu.

Aubree melirik ke arah Putera Kedua tadi sekali lagi dan memandang Putera Kedua itu dari atas ke bawah. Putera Kedua ini mempunyai rambut emas berwarna emas dan bercahaya jika terkena cahaya matahari. Dia mempunyai tinggi sekitar 190cm dan mempunyai sepasang anak mata berwarna hijau. Berbeza dengan Putera Issac, Putera Kedua ini mempunyai aura yang tenang dan lembut. Sesiapa yang ada di dekat dia pasti akan merasa selesa dan tidak merasa takut walaupun hanya berdiri di sebelah dia saja.

Jika mereka berdua dibandingkan bersama, Issac lebih kepada seseorang yang dingin dan selalu bersikap tidak peduli, ibarat dewa maut yang ingin mencabut nyawa banyak orang. Manakala Putera Kedua ini nampak lebih tenang dan mempunyai aura yang damai, seakan-akan dia adalah sebuah malaikat yang turun dari langit.

Aubree tidak merasa ada apa-apa yang pelik dengan Putera Kedua itu. Dia hanya duduk di bangku yang disediakan oleh pengikutnya tanpa memandang Putera Kedua tadi.

"Bagaimana dengan keadaan Yang Mulia? Adakah Yang Mulia baik-baik saja?" tanya Aubree. Dia menggerakkan anak matanya memandang Putera Kedua yang dari tadi hanya diam saja.

Menyedari yang pihak sebelah sedang menanyakan soalan kepada mereka, Putera Kedua tadi tersedar dari lamunannya dan segera memandang ke tempat lain setelah menyedari sikapnya yang tidak baik tadi.

Kening Aubree berkerut kecil saat melihat sikap Putera Kedua itu. Dia nampak sedikit gelabah dan resah. Malah, pipinya juga ada kesan kemerah-merahan seolah-olah dia sedang kepanasan.

"Saya baik-baik saja... Uummm..."

Putera Elf Kedua tadi memandang Aubree lagi dengan wajah resah bila dia menyedari yang dia tidak tahu hendak memanggil Aubree siapa.

"Aubree... Yang Mulia boleh panggil saya Aubree!" jawab Aubree ringkas dan selamba.

Melihat sikap Aubree yang selamba dan seolah-olah tidak menghormati Putera Elf Kedua, seorang Tentera Elf dari kumpulan Putera Kedua itu segera bercakap dengan Aubree dengan suara kasar.

"Yang Mulia adalah seorang kerabat diraja dan merupakan Putera Kedua di Kerajaan Selatan. Beraninya Elf seperti kamu bercakap dengan Yang Mulia dengan sikap biadab seperti ini?!!!"

Aubree menjeling ke arah Tentera Elf tadi dengan gaya tenang tapi dia tidak mengatakan apa-apa. Hanya kedua hujung bibirnya saja yang ternaik ke atas, menunjukkan segaris senyuman yang sinis dan dingin.

Dua orang pengikut Aubree menarik keluar pedang mereka dan diarahkan ke leher Tentera Elf tadi. Mereka tidak dapat menerima jika ada Elf lain yang meninggikan suara mereka kepada Permaisuri mereka tanpa mendapat apa-apa hukuman.

Tentera Elf yang mengeluarkan suara kasar tadi memandang dua orang pengikut itu dengan wajah terkejut dan takut. Dia tidak menyangka yang dua orang pengikut Elf itu akan berani menghunuskan pedang kepada dia sedangkan dia adalah seorang pengikut Putera Kedua.

"Nienna, Iston... Berhenti! Jangan lakukan apa-apa, " Suara Aubree terdengar tenang tapi anak matanya yang memandang Tentera Elf tadi nampak dingin.

Tentera Elf tadi melihat cara pandangan Aubree ke arahnya dan serta-merta badannya mula menggigil. Dalam diam, dia menelan air liurnya sendiri. 'Siapakah wanita Elf ni? Kenapa aura dia terasa kuat dan menakutkan?'

Dua orang pengikut Aubree tadi menarik kembali pedang mereka dan memasukkan pedang itu kembali ke sarung pedang tapi mata mereka tidak pernah lari dari Tentera Elf itu. Jika bukan kerana arahan dari Aubree, mungkin sudah lama Tentera Elf itu rebah ke tanah dan tidak lagi bernyawa.

Aubree mengalihkan pandangannya ke arah Putera Kedua tadi. Senyuman kecil diberikan ke arah Putera Elf itu. "Nampaknya pengikut saya sudah tidak berlaku sopan terhadap Yang Mulia. Saya minta maaf atas kesilapan anak-anak buah saya, Yang Mulia."

Putera Kedua tadi sekadar menggeleng dan tersenyum. Senyumannya itu nampak lembut dan tidak mempunyai apa-apa maksud sinis lain. "Tak mengapa, Aubree. Lagipun, kamu sudah pun menolong saya tadi dari serangan Tentera Kegelapan, sepatutnya saya yang meminta maaf atas kesilapan mereka."

Putera Kedua tadi memandang kembali ke arah Tentera Elf yang berteriak kasar kepada Aubree tadi. "Wanita Elf ini adalah penyelamat kita dan dia sudah menolong dia. Kamu semua harus melayani dia dengan baik sebab tanpa pertolongan dia, kita tidak akan dapat keluar dari tempat ini dengan selamat. Selepas ini, jangan ulangi kesilapan yang sama. Faham?!"

Semua Tentera Elf yang mendengar arahan Putera Kedua itu segera berlutut di atas tanah dengan kepalanya mereka yang ditundukkan. "KAMI MENGERTI, YANG MULIA!"

Aubree hanya memandang apa yang terjadi di depannya dengan wajah tidak berminat. Dia hanya mengambil gelas berisi teh yang diberikan oleh Freda (salah seorang pengikutnya) dan menghirup dengan tenang.

Putera Kedua tadi memandang kembali ke arah Aubree. "Biar saya perkenalkan diri saya, saya ialah Putera Kedua dari Kerajaan Selatan—Spencer Joszine. Saya mengucapkan terima kasih kepada kamu sebab kamu sudah menolong kami. Di hari lain, saya akan balas jasa baik ini lagi."

Kening sebelah kanan diangkat oleh Aubree. Melihat kepada sikap tenang dan baik Putera Kedua ini membuatkan Aubree tiba-tiba teringat akan Issac. Jika dibandingkan mereka berdua, Putera Kedua dari Kerajaan Selatan ini nampak lebih baik dan peramah.

Bila menyedari yang fikirannya melayang ke arah yang tidak sepatutnya dia fikir, Aubree segera menggelengkan kepalanya dan kembali menumpukan perhatiannya ke situasi yang berlaku saat ini.

"Yang Mulia memang baik hati tapi saya tidak perlukan pertolongan Yang Mulia. Sebagai seorang rakyat Elf, saya juga harus melindungi Putera Kedua dari serangan Kerajaan Kegelapan," balas Aubree dengan tenang.

Spencer yang mendengarnya hanya memberikan senyuman kecil kepada Aubree. "Tidak mengapa, saya merasa terhutang budi dengan kamu jadi saya harus membalas kebaikan ini di lain hari. Jika kamu perlukan apa-apa dari saya, datang saja dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk menolong kamu..."

Mendengar bagaimana Putera Kedua dari Kerajaan Selatan itu melayani Aubree membuatkan semua Tentera Elf di bawah pimpinan Spencer menjadi tergamam.

Mereka tidak menyangka Spencer akan sejauh ini ingin membalas kebaikan Aubree. Sedangkan sebelum ini, jika ada wanita Elf yang pernah menyelamatkan Spencer, Spencer hanya memberikan mereka hadiah dan tidak pernah bercakap dengan mereka lagi tapi Aubree adalah wanita pertama yang diberikan layanan istimewa seperti ini.

'Oi, saya cakap kau tak perlu buat apa-apa, tak payahlah! Kenapa degil betul Elf ni ya? Saya sengaja tolak tawaran baik hati dia tu sebab saya tidak mahu terlibat lebih lama dengan dia. Sudah cukup saya banyak terlibat dengan keluarga diraja ni!' teriak Aubree di dalam hatinya. Dalam bayangannya, dia sudah pun menepuk dahinya dengan wajah geram kerana tindakan Spencer tadi.

"Boleh saya tanya ke mana arah tujuan kamu selepas ini?" tanya Spencer kepada Aubree.

"Kami dalam perjalanan untuk kembali ke bandar kami. Yang Mulia mesti dalam perjalanan kembali ke Kerajaan Selatan, bukan?" Aubree hanya menjawab dengan ringkas lalu mengubah topik mereka ke topik lain.

"Kamu punya tempat tinggal di kawasan yang berdekatan di sini?" tanya Spencer.

"Bukan di kawasan ini, tempat tujuan kami masih jauh lagi dari tempat ini," jawab Aubree lalu menghirup teh lagi.

"Oh kamu dari Kerajaan Timur?" tanya Spencer.

Aubree tidak menjawab untuk beberapa saat. Dia tidak mahu memberitahu Spencer yang arah tujuan mereka adalah ke Kerajaan Iron Tulip. Spencer menyangka yang Aubree mahu kembali ke Kerajaan Timur kerana Kerajaan Timur adalah kawasan yang berdekatan berbanding dengan kerajaan lain.

Aubree memandang para pengikutnya untuk seketika sebelum dia memandang ke arah Spencer lagi.

"Ya, saya akan kembali Kerajaan Timur selepas ini..."

Spencer merenung Aubree dengan senyap selama beberapa saat. Lalu kemudian, dia pun tersenyum kecil. "Baiklah..."

Hai, semua pembaca.

Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kepada semua kerana sudah lama tidak update bab baru. Saya juga minta maaf sebab saya tidak beritahu apa-apa alasan kenapa saya lambat update.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada mereka yang masih setia membaca dan menunggu bab baru dikeluarkan.

bbeatyybrrcreators' thoughts