webnovel

Aku Di Dunia Elf

Kerana dibenci oleh sahabat baiknya sendiri, dia terbunuh dalam satu misi yang dirancang. Aubree ialah seorang assasin dan juga seorang tentera dengan kemampuan ilmu bela diri yang sangat tinggi dan sukar untuk dikalahkan. Kerana iri hati dengan kelebihan Aubree, Lucy yang sudah menjadi sahabat baik kepada Aubree sejak dari kecil sanggup berkomplot dengan musuh mereka untuk membunuh Aubree. Aubree terlahir kembali di sebuah dunia lain, dunia yang tidak pernah Aubree lihat. Dia terlahir semula di sebuah dunia yang dipanggil Dunia Elf. Dunia Elf? Siapa yang menyangka yang dia akan terlahir semula di badan seorang elf perempuan yang mempunyai nama yang sama dengan dia. Bezanya, elf perempuan ini adalah seorang yang lembap, bodoh dan sangat lemah. Di Dunia Elf, mereka memiliki elemen-elemen dunia dan ilmu bela diri. Elf paling lemah hanya mampu melakukan beberapa jenis ilmu bela diri tanpa elemen mereka... Tapi apa hal pula Elf yang satu ini tiada elemen dunia dan tiada ilmu bela diri. Aubree yang sangat mementingkan ilmu bela diri demi keselamatan diri, menjadi pening dengan badan baru ini. Badan baru ini sangat lemah, sangat-sangat lemah sehingga dia tidak mampu melakukan kerja lain selain menjadi pembantu rumah biasa... Dan pemilik sebelum ini meninggal hanya kerana tertelan roti---Tunggu, apa? Dunia, apa dah jadi? Memandangkan Aubree yang memiliki tubuh ini sekarang, dia berjanji kepada pemilik sebenar yang dia akan meneruskan hidup dan menukarkan sejarah kehidupan yang menyedihkan.

bbeatyybrr · Fantasy
Not enough ratings
93 Chs

Pinjamkan Masa (1)

Suasana pada malam itu agak tenang dengan angin yang berhembus lembut. Sinaran dari cahaya bulan menerangi kawasan itu, memberi suasana yang romantik.

Aubree diam terkaku di tempat duduknya sambil dia masih menatap ke wajah tampan milik Putera Dingin tersebut.

Issac tidak kisah jika Aubree mahu menatap wajahnya. Dia hanya memberikan senyuman kecil kepada Aubree sebelum dia memandang ke atas, menatap bulan yang bersinar terang di dada langit.

Tangan yang diletakkan di atas bahu masih tidak diangkat dan Aubree juga sepertinya tidak kisah dengan perbuatan Issac itu.

Aubree juga ikut memandang ke arah bulan setelah Issac mengalihkan pandangannya tadi.

Bersama-sama, mereka memerhati bulan mengambang pada malam ini.

"Kau nampak sedih dan tidak bersemangat malam ini. Bukannya sepatutnya kau harus bergembira sebab malam ini adalah untuk merayakan kejayaan kau setelah lulus dalam ujian? Ada apa?" tanya Issac setelah lama mereka mendiamkan diri.

Aubree diam saja. Dia diam bukannya kerana dia tidak mahu menjawab soalan Issac tapi dia sedang berfikir sama ada dia perlu berterus terang atau tidak kepada Issac.

Sebelum ini, Issac selalu melayannya dengan baik walaupun terkadang lelaki itu tak pernah sehari tidak mengusik dia. Dan Aubree pula selalu melayan Issac dengan buruk sekali tapi Putera Dingin itu tidak pernah marah dan tidak pernah menjauh.

"Issac..."

Lain yang ingin didengar, lain pula yang keluar dari mulut Aubree. Tapi Issac tidak peduli. Lagipun, mendengar namanya disebut oleh Aubree membuatkan hatinya berbunga-bunga.

Issac melirik ke arah Aubree dengan senyuman gembira yang mekar di bibir.

"Kenapa kau tak pernah bosan ada di dekat saya? Saya selalu layan kau dengan buruk tapi saya tengok kau tidak pernah putus asa dan tidak menjauhi saya?" tanya Aubree, akhirnya menoleh juga ke arah Issac dan merenung wajah Putera Dingin itu.

Issac menatap Aubree tanpa berkelip. Walaupun wajahnya saat ini terlihat tidak berekspresi dan masih terlihat kedinginannya, Aubree masih boleh melihat perasaan hangat dari sebalik renungan matanya.

Issac menarik nafas panjang lalu dia mengambil tempat duduk di sebelah Aubree. "Tiada alasan lain untuk saya menjauh dari kau. Kau adalah seorang Elf yang hebat dan kuat. Jadi, tidak mungkin saya sia-siakan peluang untuk mendekati kau..."

Aubree memandang Issac dengan sebelah kening dinaikkan. "Itu alasan kau? Kau hanya berkawan dengan saya sebab saya seorang yang hebat dan kuat?"

Aubree mengalihkan pandangannya ke depan. "Meliani juga seorang Elf yang hebat dan kuat. Adakah alasan kau mendekati dia sama dengan alasan kau cuba nak dekati saya?"

Suara Aubree terdengar sangat sinis sekali dan terselit perasaan sakit hati di sebalik perkataannya.

Dahi Issac berubah menjadi seribu kerutan. Dia tidak faham kenapa suara Aubree terdengar sayu dan kecewa.

Apa yang Issac tidak tahu, Aubree sengaja tidak sengaja terimbau masa lalu ketika Issac memberikan jawapannya tadi.

Aubree juga dulunya pernah menjadi seorang pembunuh upahan yang hebat dan kuat. Tapi akhirnya berakhir menjadi kematian kerana dikhianati sahabat sendiri.

Aubree teringat akan Meliani yang mempunyai wajah yang sama dengan Lucy. Dia sudah sedia maklum kalau Issac juga berkawan dengan Meliani.

Tapi kerana Issac menggunakan alasan berkawan dengan Aubree hanya kerana Aubree hebat dan kuat membuatkan Aubree menjadi bengang.

"Meliani memang hebat dan kuat..."

Aubree menggenggam erat jari-jemarinya tanpa sedar ketika dia mendengar kata-kata Issac itu.

"Tapi kau dan Meliani tidak sama."

Kali ini, Aubree menoleh pula ke arah Issac dengan wajah yang terkejut.

Issac tersenyum melihat wajah Aubree yang jelas menunjukkan yang dia terkejut itu. "Saya mendekati kau bukan sebab kau mempunyai benda yang sama seperti Meliani tapi saya mendekati kau sebab kau mempunyai keunikan kau sendiri..."

Aubree terkebil-kebil untuk beberapa saat. 'Ini... Ini... Apa yang dia cakap ni? Adakah ini bermaksud dia sedang meluahkan perasaan pada saya? Apa pula? Kenapa pula dia perlu simpan perasaan untuk saya? Dan kenapa saya kata yang dia mempunyai perasaan untuk saya pula...?'

"Eherm, eherm!" Aubree berdehem beberapa kali dan memandang ke tempat lain.

"Oh... Baik, baiklah kalau kau cakap begitu..."

Aubree pun terdiam lagi selepas itu. Dia tidak tahu perkara apa yang perlu dia bualkan dengan Issac. Dia tidak pernah duduk dengan Issac seperti ini dan bercakap dengan normal kerana benda yang selalu mereka buat kalau berjumpa adalah bergaduh.

"Jadi, apa jawapan kau? Kau belum jawab soalan saya yang pertama tadi," kata Issac, membuatkan Aubree yang sudah menghayal itu kembali ke alam realiti.

"Huh?" Aubree memandang Issac dengan wajah bingung sekejap dan bila dia sedar pertanyaan apa yang ditanya oleh Issac tadi, Aubree kembali memandang ke depan.

"Saya... Saya cuma rindu dengan rumah."

Perasaan sayu kembali hadir dalam jiwanya. Aubree mendongak ke langit dan merenung bulan yang sedang mengambang.

Ketika Issac mendengar yang Aubree rindukan rumahnya, Issac juga ikut terdiam dan tidak tahu apa yang perlu dia katakan.

Di dalam fikirannya, Issac sendiri sedar yang selama ini dia tidak pernah tahu asal-usul Aubree. Memang memalukan, dia tidak tahu Aubree berasal dari mana sebelum dia datang ke kediaman Putera Kilan untuk bekerja.

"Bila difikir-fikir, saya tidak pernah dengar tengah asal-usul kau. Saya tidak pernah tahu kau berasal dari mana..."

Kerana pertanyaan itu, Aubree kini berhadapan dengan rasa sakit di kepalanya. Bukan dia tidak mahu menjawab tapi melalui memori Aubree yang lama, dia sendiri tidak tahu di mana asal-usul dia.

Yang Aubree ingat adalah dia sudah pun berada di dalam badan ini dan tinggal di dalamnya. Memori asal berkenaan dengan tempat tinggal di pemilik lama hanya terlihat kabur.

'Alamak, apa nak jawab ni? Takkan nak jawab begitu saja? Kalau saya jawab yang bukan-bukan, suatu hari nanti kalau ada yang tahu saya bercakap bohong, habis saya!'

"Kenapa kau nak tahu asal-usul saya pula? Asal-usul saya bukannya penting untuk kau pun," jawab Aubree, sengaja mahu menyembunyikan fakta yang sebenarnya dia sendiri pun tidak tahu.

"Bukannya kau nak saya berkawan dengan kau? Jadi, saya harus tahu dari mana asal-usul kau," jawab Issac pula.

Aubree menjulingkan matanya dengan gaya endah tak endah. "Siapa cakap berkawan perlu tahu semua benda tu?"

"Jadi, kau tidak mahu beritahu saya tentang asal-usul kau? Kau nak jadikan ini sebagai rahsia diantara kita?" tanya Issac lagi.

Aubree hanya mendiamkan diri. 'Bodohnya Putera Dingin ni! Saya sengaja bercakap begitu supaya dia boleh berhenti bertanya pasal asal-usul saya... Tapi kenapa dia tidak mahu berhenti pula? Issh, Putera Dingin tak guna!'

"Saya bukannya nak merahsiakan dari mana asal-usul saya... Tapi saya sendiri tidak ingat saya berasal dari mana."

Aubree malas mahu mendengar soalan yang bertubi-tubi dari Issac, jadi dia tiada pilihan selain mengarang cerita saja.

Issac memandang Aubree dengan wajah tidak percaya. "Tidak ingat? Apa maksud kau?"

"Sejak saya datang ke Kerajaan Barat untuk bekerja dengan Putera Kilan, saya sudah tidak ingat dengan tempat tinggal saya. Apa yang saya nampak hanyalah bayangan kabur saja. Dan lagi teruk, saya tidak tahu pun kalau tempat tinggal saya itu masih ada atau sudah tiada..."

Aubree melirik ke arah Issac untuk melihat reaksi lelaki itu. Dia mahu tahu jika lelaki itu sedar atau tidak yang dia sedang mengarang cerita.

'Takkan saya nak beritahu dia yang saya sebenarnya datang dari dunia manusia. Dia masih nak percaya ke? Di sini ada dunia manusia atau tiada ya?'

"Hmm, itu terdengar tidak masuk akal," kata Issac sambil menggaru hidungnya dengan jari kanan.

"Percayalah, saya yang mengalami situasi ini pun rasa begitu," kata Aubree, masih dengan wajah selambanya.

"Apa yang terjadi sampai kau tidak boleh ingat begini?" tanya Issac.

"Saya berharap saya juga tahu apa yang terjadi, tapi kenyataannya saya juga tidak tahu," Aubree hanya menaikkan bahunya seolah-olah dia juga tidak tahu. 'Takkan saya nak cerita pada kau bagaimana saya boleh datang ke dunia ni pula? Tidak mungkinlah!'

"Hmm, itu memang mencurigakan. Mungkin saya boleh tolong kau mencari tempat asal-usul kau. Saya akan tolong kau kembali ke tempat asal kau..."

'Tempat asal saya bukan berasal dari dunia ini. Tidak mungkin kau akan dapat tolong saya kembali ke dunia asal saya...' gumam Aubree dalam hati.

Tapi di luar pula, dia hanya mampu tersengih macam orang gila. "Kau tak perlu buat sampai macam tu. Saya pun boleh cari asal-usul saya sebelum ini. Kau tak perlu susahkan diri kau..."

Mungkin bab ni nampak pelik tapi ya... Tetap baca sampai habis ya? (^o^)

bbeatyybrrcreators' thoughts