webnovel

Aku Di Dunia Elf

Kerana dibenci oleh sahabat baiknya sendiri, dia terbunuh dalam satu misi yang dirancang. Aubree ialah seorang assasin dan juga seorang tentera dengan kemampuan ilmu bela diri yang sangat tinggi dan sukar untuk dikalahkan. Kerana iri hati dengan kelebihan Aubree, Lucy yang sudah menjadi sahabat baik kepada Aubree sejak dari kecil sanggup berkomplot dengan musuh mereka untuk membunuh Aubree. Aubree terlahir kembali di sebuah dunia lain, dunia yang tidak pernah Aubree lihat. Dia terlahir semula di sebuah dunia yang dipanggil Dunia Elf. Dunia Elf? Siapa yang menyangka yang dia akan terlahir semula di badan seorang elf perempuan yang mempunyai nama yang sama dengan dia. Bezanya, elf perempuan ini adalah seorang yang lembap, bodoh dan sangat lemah. Di Dunia Elf, mereka memiliki elemen-elemen dunia dan ilmu bela diri. Elf paling lemah hanya mampu melakukan beberapa jenis ilmu bela diri tanpa elemen mereka... Tapi apa hal pula Elf yang satu ini tiada elemen dunia dan tiada ilmu bela diri. Aubree yang sangat mementingkan ilmu bela diri demi keselamatan diri, menjadi pening dengan badan baru ini. Badan baru ini sangat lemah, sangat-sangat lemah sehingga dia tidak mampu melakukan kerja lain selain menjadi pembantu rumah biasa... Dan pemilik sebelum ini meninggal hanya kerana tertelan roti---Tunggu, apa? Dunia, apa dah jadi? Memandangkan Aubree yang memiliki tubuh ini sekarang, dia berjanji kepada pemilik sebenar yang dia akan meneruskan hidup dan menukarkan sejarah kehidupan yang menyedihkan.

bbeatyybrr · Fantasy
Not enough ratings
93 Chs

Perisik Palsu

"Jadi, katakan Yang Mulia Putera Spencer, mengapa Yang Mulia mengikuti saya sehingga ke sini? Apa motif Yang Mulia mengikuti saya?" tanya Aubree kepada Spencer.

"Yang Mulia Permaisuri tidak perlu risau, saya mengikuti Yang Mulia ke sini atas sebab yang baik. Saya sudah bertahun-tahun mencari di mana terletaknya Kerajaan Iron Tulip. Saya percaya dengan bantuan dari Kerajaan Iron Tulip, kita boleh mengalahkan Kerajaan Kegelapan dan mengakhiri perang ini dengan cepat. Namun, saya tidak menyangka yang saya akan langsung berjumpa dengan Yang Mulia. Malah Yang Mulia juga yang telah menyelamatkan saya dalam perjalanan ke sini."

Aubree menaikkan kedua keningnya saat mendengar penjelasan dari Spencer. Dia tidak akan menyangka yang Spencer sudah lama ingin menemukan Kerajaan Iron Tulip ini.

Setahu dia, Kerajaan Iron Tulip ini tersembunyi dari mata dunia dan tidak ada orang yang tahu kewujudannya lagi. Aubree tidak pernah menyangka yang masih ada orang yang mahu mencari Kerajaan Iron Tulip seperti Spencer.

"Walaupun Yang Mulia menjumpai Kerajaan Iron Tulip, saya juga tidak boleh membuat perjanjian dengan Yang Mulia," kata Aubree.

Spencer yang mendengarnya menjadi risau sedikit. Spencer bukan saja mencari Kerajaan Iron Tulip kerana dia mahu bergabung tenaga tapi kerana Spencer juga mahu mengkaji Kerajaan itu memandangkan Kerajaan itu mempunyai banyak tanaman dan alatan sihir yang unik dan susah untuk ditemukan di Kerajaan lain.

"Saya akan tunaikan semua permintaan Yang Mulia jika itu boleh membuatkan Yang Mulia bersetuju untuk bergabung tenaga dengan Kerajaan saya," kata Spencer.

Aubree tidak terus membalas kata-kata Spencer, sebaliknya dia hanya membalas renungan dari Putera Kedua itu dengan riak wajah tenang. Setelah hampir setengah jam suasana di sekeliling dalam keadaan senyap, akhirnya Aubree bersuara juga. "Yang Mulia baru saja tiba di sini tapi sudah pun memikirkan tentang perkara ini. Apa kata Yang Mulia tinggal di sini untuk beberapa hari dan saya akan pertimbangkan permintaan Yang Mulia ini."

'Saya tidak menyangka yang Permaisuri Kerajaan Iron Tulip akan membiarkan saya tinggal di sini. Tapi ini juga adalah peluang yang baik untuk saya,' ucap Spencer dalam hati. "Baiklah."

Aubree mengangguk walaupun wajahnya tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Kepalanya dipusingkan ke kiri. Aubree berkata kepada Luthien yang berdiri di belakangnya. "Arahkan pembantu untuk sediakan tempat tidur kepada Putera Spencer dan anak-anak buah mereka. Dan perintahkan yang lain untuk melayani mereka dengan baik. Mereka ialah tetamu saya..."

"Baik, Yang Mulia." Luthien meninggalkan tempat itu untuk segera melaksakan perintah dari Aubree.

Aubree dan Spencer meneruskan perbualan diantara mereka sehingga Luthien kembali. Luthien memberitahu Aubree jika tempat tidur untuk Spencer dan anak-anak buahnya sudah disediakan.

Aubree mengakhiri perbualan mereka pada malam itu dan menyuruh Spencer untuk berehat setelah perjalanan yang jauh pada hari ini. Aubree juga mahu kembali ke khemahnya sendiri untuk berehat. Masih banyak yang perlu dia lakukan besok.

Spencer juga tidak membantah dan mengikuti setiap arahan Aubree. Dia mengikuti Luthien yang sudah ditugaskan oleh Aubree untuk menghantar dia ke khemahnya.

Saat kembali ke khemahnya, Julie tidak berhenti bertanya kepada Aubree mengenai Spencer. Kerana tidak tahan dengan pertanyaan Julie, Aubree menyuruh dua orang Elf wanita untuk mengheret Julie kembali ke khemah dia sendiri.

****

****

Aubree duduk di meja makan dan sedang menikmati sarapannya dengan tenang bersama Julie. Beberapa minit kemudian, Spencer dengan ditemani oleh Iston.

Spencer tersenyum saat dia melihat Aubree. "Yang Mulia, selamat pagi."

"Selamat pagi, Yang Mulia. Apa kata Yang Mulia duduk dan makan bersama kami? Hidangan di sini mungkin tidak sedap dan mewah seperti yang disediakan di istana Yang Mulia tapi saya berharap Yang Mulia menyukainya."

Spencer duduk di bangku yang disediakan dengan bantuan pembantunya. Di hadapan dia ialah Aubree. "Tidak mengapa, Yang Mulia. Dapat bersarapan seperti ini dengan Yang Mulia sudah buat selera makan saya bertambah."

"Pppfffuuutt!" Julie yang sedang minum sup terus menyemburkan sup yang ada di dalam mulutnya. Dia agak terkejut setelah kata-kata Spencer tadi.

Nienna yang ditugaskan oleh Haleth untuk menjaga Julie segera maju dan menyerahkan sapu tangan bersih kepada Julie.

Aubree tidak mempunyai reaksi yang banyak dan malah masih bersikap tenang saat dia memandang Spencer. "Saya senang mendengar yang Yang Mulia tidak merasa terbeban. Dijemput makan!"

Julie masih membersihkan sisa sup di bahagian dagunya ketika dia memandang ke arah Spencer. "Jadi, Yang Mulia... Yang Mulia yakin mahu tinggal di sini? Lagipun tempat ini sangat jauh dari Kerajaan Selatan."

Spencer menoleh ke arah Julie. Sebelum dia menjawab pertanyaan Julie tadi, dia meneliti dulu wajah Julie. Berbanding dengan Aubree, Julie terlihat seperti seorang Elf yang peramah dan ceria. Dengan sekali pandang, semua orang tahu kalau Julie ini senang didekati.

Spencer tersenyum kecil kepada Julie. Walaupun dia tinggal di sini tidak sampai seminggu pun, Spencer sedar jika layanan Aubree terhadap Julie sedikit berbeza berbanding dengan para tentera Elf yang lain. Spencer tahu kalau Julie dan Aubree bukan adik-beradik tapi memandangkan Julie dilayan secara istimewa oleh Aubree, Spencer juga harus menghormati Julie.

"Terima kasih kerana merisaukan saya tapi saya akan baik-baik saja. Lagipun ini bukan kali pertama saya tinggal jauh dari Kerajaan saya," jawab Spencer.

Mendengar suara Spencer yang lembut saja itu membuatkan Julie tiba-tiba menjadi malu. Dia pun tersenyum malu sambil berkata, "Baiklah kalau Yang Mulia berkata begitu tapi kalau Yang Mulia mengalami kesulitan, Yang Mulia jangan segan-segan datang meminta bantuan dari saya. Saya boleh menolong Yang Mulia apa saja."

Spencer tersenyum lagi. "Terima kasih atas bantuannya."

"Eherm, eherm!" Aubree yang melihat Julie tiba-tiba jadi pemalu di depan Spencer, merasa ingin mencekik saja kawannya saat itu. 'Itukan Putera Kedua dari Kerajaan Selatan. Kenapa dia bertingkah seperti itu? Buat malu saya sajalah dia ni!'

Julie segera menoleh ke arah Aubree. Setelah dia melihat jelingan Aubree ditambah lagi dengan wajah Aubree yang kosong itu membuatkan Julie terus tersedar dan sikap pemalunya tadi terus hilang. Tapi kerana merasa janggal diperhatikan oleh Aubree sejak awal membuatkan Julie makan sarapannya dengan gelagat yang kekok.

Usai bersarapan, Aubree meninggalkan Spencer bersama dengan Julie dengan alasan ingin melanjutkan latihan bela dirinya. Aubree pergi ke puncak sebuah bukit untuk berlatih. White juga ikut bersamanya pergi ke sana.

Beberapa jam setelah Aubree berlatih, Luthien muncul dengan memberitahu satu khabar kepada Aubree. "Yang Mulia, ahli perisik yang telah dihantar ke Kerajaan Iron Tulip sudah kembali membawa suatu berita. Yang Mulia harus hadir untuk mendengar berita ini."

Aubree berhenti berlatih dan pedang yang sedang dihayun ke udara berhenti separuh jalan. Aubree memandang ke arah Luthien yang masih menunduk hormat itu. Pada saat ini, mata Aubree yang berwarna ungu itu bertukar perlahan-lahan menjadi hitam dan pedang di tangannya menghilang begitu saja.

White segera mendekati Aubree sambil melagakan kepalanya di tangan kanan Aubree. Aubree memandang ke arah White untuk beberapa saat. Dia mengusap kepala White lalu berkata kepada Luthien, "Baiklah, saya akan kembali selepas saya bersiap. Bawa ahli perisik itu ke khemah urusan."

Luthien sekali lagi mengangguk, tanda menerima arahan dari Aubree dan berlalu setelah memberikan tanda hormat kepada permaisurinya.

Aubree memandang ke arah White. "Kau rasa saya sudah sedia untuk misi ini? Kenapa saya rasa sesuatu yang mengatakan jika misi ini akan gagal?"

[Jangan bimbang, Yang Mulia. Saya percaya dengan kemampuan Yang Mulia dan saya juga ada di sisi Yang Mulia untuk melindungi Yang Mulia. Saya tahu ini mungkin akan menjadi misi pertama Yang Mulia setelah keluar dari Menara Kristal... Tapi yakinlah Yang Mulia, jika keputusan Yang Mulia ini adalah yang terbaik.]

Aubree tersenyum kecil. "Kau betul. Kenapa saya perlu takut kalau saya ada kamu di sisi saya. Saya hanya berharap ahli perisik yang dihantar itu tidak membawa masalah lain."

Aubree kembali ke khemahnya untuk menukarkan pakaiannya yang sudah kotor dan basah dengan peluh, dibantu oleh Nienna dan Haleth. Setelah itu, barulah dia bergerak ke khemah urusan untuk menemui ahli perisik yang dimaksudkan oleh Luthien.

Ketika tiba di sana, Aubree melihat ada tiga orang Elf berpakaian serba hitam sedang berlutut dengan kepala mereka tertunduk ke tanah. Aubree bergerak ke tempat duduk yang disediakan. Dia pun memandang ke arah tiga orang ahli perisik itu setelah dia duduk.

"Salam hormat kepada Permaisuri Kota Iron Tulip!" Perisik yang berada di hadapan sekali memulakan perbincangan mereka.

Belum sempat mereka meneruskan perbincangan mereka, tiba-tiba Aubree mengangkat dua jari di bahagian tangan kanan, menyuruh untuk ketua perisik itu berhenti bercakap.

Semua Elf memandang Aubree kerana mereka hairan kenapa Aubree tiba-tiba menghentikan percakapan perisik itu tadi.

Aubree tidak peduli dengan reaksi Elf lain. Sebaliknya, dia hanya memandang ke arah salah seorang ahli perisik yang berlutut di sebelah kanan. Matanya dikecilkan ke arah si perisik itu.

White yang sedari tadi berada di sebelah Aubree, menyedari tindakan Aubree dan ia pun berjalan mendekati ahli perisik itu.

Semua Elf di sana hanya mampu memandang White mendekati perisik itu tanpa dapat melakukan apa-apa.

Saat White berhenti di depan perisik itu dan mencuba untuk menghidu bau badan perisik itu, tiba-tiba Aubree berkata, "Kau bukan ahli perisik yang dihantar untuk memeriksa Kerajaan Iron Tulip tapi kau perisik yang dihantar oleh raja dari Kerajaan itu."

Mendengar perkataan Aubree, semua Elf yang ada di sana saling berpandangan dengan wajah yang terkejut. Mereka tidak menyangka ada juga penyusup yang dihantar ke sini untuk mengintip keadaan mereka.

Perisik yang palsu itu juga terkejut kerana dia tidak menyangka yang Aubree akan mengetahui identitinya sebaik saja Aubree melihat wajah mereka. Dia sudah yakin yang dia boleh bersembunyi dan bergabung dengan kumpulan ini untuk mengumpulkan maklumat namun ternyata dia sudah mentafsir kekuatan Aubree.

Belum sempat ahli perisik itu mengangkat wajahnya ke arah Aubree, White sudah pun mengaum dan menerkam perisik palsu itu sehingga terbaring di atas tanah.

"White, tunggu... Jangan bunuh dia dulu," kata Aubree.

White yang baru saja mahu menggigit si perisik itu, segera berhenti dan memandang ke arah Aubree. Perbuatannya itu menunjukkan yang dia sedang menunggu arahan seterusnya dari Aubree.

Aubree mengayunkan tangannya ke arah Luthien. "Bawa dia dan kurung dia di penjara. Jaga dia dengan ketat, jangan sampai dia terlepas."

Luthien mengangguk dengan segera. "Baik, Yang Mulia." Dengan sekali arahan, Luthien menyuruh dua orang tentera Elf untuk mengheret perisik itu ke penjara.

Setelah ahli perisik itu diheret pergi, suasana di khemah urusan itu menjadi sunyi dan terasa agak janggal. Semua Tentera Elf yang ada di sana terus berdiam diri untuk menunggu arahan seterusnya dari Aubree.

Aubree memandang perisik yang berada paling hadapan tadi. "Baiklah, sekarang beritahu saya maklumat apa yang sudah kamu kumpulkan." 

Bab baru sudah up, guys!

Saya minta maaf sebab terlalu lama tidak update untuk cerita ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada mereka yang masih setia lagi membaca cerita ini.

Selamat membaca semuanya.

Kepada para pembaca baru, selamat datang dan terima kasih kerana sudah singgah untuk membaca cerita ini.

Have a great day, everyone!

bbeatyybrrcreators' thoughts