webnovel

Aku Di Dunia Elf

Kerana dibenci oleh sahabat baiknya sendiri, dia terbunuh dalam satu misi yang dirancang. Aubree ialah seorang assasin dan juga seorang tentera dengan kemampuan ilmu bela diri yang sangat tinggi dan sukar untuk dikalahkan. Kerana iri hati dengan kelebihan Aubree, Lucy yang sudah menjadi sahabat baik kepada Aubree sejak dari kecil sanggup berkomplot dengan musuh mereka untuk membunuh Aubree. Aubree terlahir kembali di sebuah dunia lain, dunia yang tidak pernah Aubree lihat. Dia terlahir semula di sebuah dunia yang dipanggil Dunia Elf. Dunia Elf? Siapa yang menyangka yang dia akan terlahir semula di badan seorang elf perempuan yang mempunyai nama yang sama dengan dia. Bezanya, elf perempuan ini adalah seorang yang lembap, bodoh dan sangat lemah. Di Dunia Elf, mereka memiliki elemen-elemen dunia dan ilmu bela diri. Elf paling lemah hanya mampu melakukan beberapa jenis ilmu bela diri tanpa elemen mereka... Tapi apa hal pula Elf yang satu ini tiada elemen dunia dan tiada ilmu bela diri. Aubree yang sangat mementingkan ilmu bela diri demi keselamatan diri, menjadi pening dengan badan baru ini. Badan baru ini sangat lemah, sangat-sangat lemah sehingga dia tidak mampu melakukan kerja lain selain menjadi pembantu rumah biasa... Dan pemilik sebelum ini meninggal hanya kerana tertelan roti---Tunggu, apa? Dunia, apa dah jadi? Memandangkan Aubree yang memiliki tubuh ini sekarang, dia berjanji kepada pemilik sebenar yang dia akan meneruskan hidup dan menukarkan sejarah kehidupan yang menyedihkan.

bbeatyybrr · Fantasy
Not enough ratings
93 Chs

Pembalasan Aubree(2)

Puteri Katy susah pun berdiri dari kerusinya dan membuka semua agar-agar yang ada di badannya. Agar-agar itu membasahi dari atas kepalanya sehingga ke skirtnya.

Pembantu peribadi Puteri Katy yang lain terus bergegas untuk menolong Puteri Katy.

Sementara itu, keadaan bilik belajar itu menjadi huru-hara bila semua pembantu perempuan melarikan diri ke sana dan ke mari kerana kehadiran lipas itu.

"KURANG AJAR!!"

PAPP!!

Satu tamparan yang agak kuat dilayangkan ke pipi Viana. Viana yang masih lagi terkejut dengan kejadian yang menimpanya itu hanya mampu memegang pipinya yang sudah terasa perit.

Tetamu lelaki tadi terus menutupi kawasan kakinya yang terdedah itu dengan menggunakan jubahnya. Di Dunia Elf, perkara paling memalukan akan jika tubuh badan seorang Elf terdedah pada orang awam.

Tindakan Viana yang tidak sengaja mengoyakkan seluar yang dipakai oleh tetamu lelaki Elf itu sehingga menampakkan kakinya itu adalah perkara yang sangat memalukan.

"I'll kill you!" teriak tetamu lelaki itu. Tetamu ini adalah salah seorang dari rakan baik Putera Kilan dan berasal dari sebuah keluarga bangsawan yang terkenal. Dia ialah Jude Noel dan terkenal sebagai seorang Elf yang sombong dan kasar.

Viana terus melutut dengan keadaan wajahnya pucat dan badannya bergegar. Dia sungguh tidak menyangka yang semuanya akan jadi begini. Rancangannya hanya ingin membuatkan Aubree memalukan dirinya sendiri tapi bagaimana keadaan menjadi sebaliknya dan malah lebih teruk dari yang dia sangkakan.

"Please, my Lord! Saya tidak sengaja. Saya---saya tidak sedar! Saya cuma--Lipas... Tadi... Lipas--" Kerana terlalu cemas dan takut, Viana tidak dapat menyusun ayatnya dengan baik. Dia tidak menyangka perkara ini akan terjadi jadi dia tidak bersiap sedia pun.

Manakala Aubree di sisi lain sedang ditolong oleh Julie. Setelah itu, mereka segera berundur dari tempat itu ke tepi dinding. Aubree melirik ke arah Viana seketika sebelum dia tersenyum puas hati. 'Ada hati nak kenakan saya lagi?'

Jude itu terus menendang Viana di bahagian bajunya sehingga Viana terbuang ke belakang dan badannya merempuh tiang bangunan yang besar. Viana terjatuh dalam keadaan tertiarap di atas lantai dengan mulutnya mula mengeluarkan darah.

Jude ialah seorang Elf dengan ilmu bela diri Tahap 8. Apabila dia menendang Viana tadi, dia sudah dikuasai rasa marah dan malah menggunakan kuasa dalamannya kepada Viana. Sebab itulah kenapa Viana boleh terluka begitu.

"Jude, bersabarlah dulu! Jangan bertindak melulu. Saya akan uruskan dia. Kau pergilah ganti pakaianmu dulu!" kata Kilan dengan suara yang tenang.

Jude terus memandang Kilan dengan wajah yang berang. Meskipun dia mahu melepaskan kemarahannya saat itu juga kepada Viana, namun setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Kilan, dia berhenti.

"Pengawal, bawa pembantu ini dan kurung dia di penjara." Dua orang pengawal Elf pun datang dan mengheret Viana keluar dari tempat itu. Viana berteriak-teriak untuk meminta ampun dan kesian dari Kilan namun tidak didengari.

Kilan menoleh ke arah Puteri Katy yang sedang menangis sambil ditolong oleh beberapa orang pembantu peribadinya. Jelas terdapat rasa kecewa di wajahnya.

Kilan ingat yang semua pembantu peribadi Puteri Katy akan berlaku sopan dan tidak membuat apa-apa yang memalukan dia di depan semua tetamunya.

Puteri Katy ialah seorang tetamu istimewa yang tinggal di kediaman Putera Kilan, jadi tentunya apa saja tindakan yang pembantu Puteri itu lakukan, akan mempengaruhi nama Kilan.

Kilan tidak menyangka yang semua ini akan terjadi dengan begitu pantas. Dia beras sangat malu dengan perbuatan Viana yang menyebabkan salah satu tetamunya menjadi malu.

"Pembantu, bawa Puteri Katy kembali ke biliknya." Walau pun dia berasa sangat malu dan marah, Kilan harus tetap tenang dan tidak emosi supaya tidak membuatkan masalah menjadi semakin teruk.

"Maaf, tuan-tuan. Perkara ini membuatkan perjumpaan ini sedikit tergendala. Mari kita teruskan perjumpaan ini."

Beberapa orang pembantu yang cekap segera membersihkan agar-agar buah yang tersisa di lantai dan kerusi tempat Puteri Katy duduk tadi.

Setelah itu, perjumpaan itu kembali berlangsung dan keadaan kembali tenang.

Diantara keadaan cemas tadi, hanya ada seorang lelaki Elf saja yang duduk tenang sambil menghirup tehnya.

Dengan mata berwarna biru dan wajah yang dingin, lelaki Elf itu menatap bayangan Aubree yang semakin menghilang di sebalik pintu. Cawan putih dengan ukiran bunga lavender di atasnya, didekatkan ke hujung bibirnya sebelum teh itu dihirup perlahan-lahan.

Apa yang membuatkan dia terkesan tadi, ialah gerakan Aubree yang sangat pantas. Memang bagi orang lain yang tidak menumpukan perhatian kepada gerakan itu sama sekali tidak melihat apa yang dilakukan oleh Aubree.

Tapi dia melihat semuanya, sejak dari Aubree membuang lipas itu sehingga bagaimana dia menolak Viana ke arah Jude.

Menarik, sangat menarik!

Elf yang satu ini kelihatan menarik!

Lagi satu, lelaki Elf ini kagum dengan Aubree kerana Aubree tidak merasa takut atau geli sama sekali bila memegang lipas itu. Dia sudah berjumpa dengan banyak Elf dan semuanya takut lipas. Tiada seorang yang berani mendekati lipas apalagi mahu menyentuh lipas itu. Sedangkan ibunya yang seorang Permaisuri Kerajaan Elf Timur juga takut dengan lipas. Kalau Permaisuri melihat lipas, selama tiga hari Permaisuri akan pengsan.

Lamunan lelaki Elf ini terganggu bila ada orang memanggil namanya. Dia menoleh ke arah Kilan yang sedang memandangnya.

"Bagaimana dengan cadangan itu, Issac. Saya yakin kau tidak akan menolak, kan?" tanya Kilan.

Kening Issac berkerut berkerut kecil. Dia tidak pun menumpukan perhatian terhadap perbincangan ini jadi bagaimana dia tahu apa yang sedang Kilan katakan padanya. Sejak dari awal lagi, fikirannya hanya fokus kepada Aubree saja.

Astaga, kenapa fokus saya mudah terganggu hanya kerana seorang pembantu biasa itu?

Melihat Issac yang masih tiada respon itu, Kilan berdehem untuk mendapatkan perhatian Putera Pertama Kerajaan Elf Timur itu. "Kami bercadang untuk menghantar beberapa kumpulan tentera Elf ke kawasan perbatasan itu. Bagaimanapun dengan cadangan itu, adakah kamu bersetuju?"

'Oh, ini tentang serangan dari tentera Raja Kegelapan kah?'

Issac mengangguk kecil. "Boleh juga. Sekiranya masalah berlanjutan, kita kena pindahkan penduduk kampung yang berdekatan supaya jauh dari bahaya. Besok saya akan ke istana untuk memberitahu Raja Barat (Raja kepada Kerajaan Elf Barat) tentang tujuan saya datang ke sini."

Mendengar itu, Kilan mengangguk. "Sudah tentu!"

Perbincangan pun diteruskan lagi. Tiada pun yang mengingati kejadian tadi tapi gosip mengenai hal itu sudah pun tersebar di seluruh kediaman Putera Ketiga.

Pada malam itu, ketika Aubree dan Julie bersedia untuk keluar dari kediaman Putera Ketiga dan kembali ke rumah sewa mereka, seorang pembantu Elf lain memberitahu mereka yang Putera Ketiga mahu berjumpa dengan mereka.

Aubree tiada pilihan lain selain mengikuti arahan itu. Julie berkata yang dia akan menunggu Aubree di depan kediaman Putera Ketiga sampai Aubree siap.

Sesampainya Aubree di depan pintu, dia mengetuk pintu tiga kali. Setelah mendengar arahan untuk masuk, Aubree masuk ke dalam dengan kepalanya masih ditundukkan.

Di bilik itu, hanya ada dua orang lepak Elf masih duduk sambil meminum teh. Ruangan itu diterangi dengan cahaya lilin saja. Aubree menunduk hormat kepada Putera Ketiga itu dengan kepalanya masih ditundukkan. Dia tidak mahu dikatakan tidak sopan hanya kerana melihat secara langsung ke arah Putera Raja itu.

"Bawa dia masuk!" kata Kilan dengan suara yang biasa. Dia meneguk teh dari cawan di tangannya.

Dua orang pengawal Elf masuk ke dalam dengan membawa Viana ke dalam. Tangan Viana diikat ke belakang dan wajahnya kelihatan sangat pucat. Mesti dia belum diberikan makan malam lagi. Viana terus ditolak dengan sedikit kasar ke tepi Aubree. Badannya tersungkur ke depan kerana tenaga kuat dari dua orang pengawal Elf itu.

Aubree hanya melirik ke arah Viana selama beberapa minit sebelum dia memandang ke depan lagi. Dia juga sempat memandang ke arah lelaki Elf yang sedang minum teh dengan lagak tenang di sebelah Kilan. Dia terkejut, sehingga keningnya naik sedikit bila melihat imej lelaki Elf itu.

'Oh, bukankah dia yang saya selamatkan di hutan dulu? Dia kenal dengan Putera Ketiga ni?'

Walaupun Aubree merasa terkejut, wajahnya tetap menunjukkan wajah yang tenang dan tiada perasaan. Sedangkan dalam hatinya, dia berharap yang lelaki Elf di sebelah Kilan itu langsung tidak mengenalinya. Macam mana kalau dia kenal saya? Apa yang dia akan buat kalau dia kenal saya?

"Kamu tahu kenapa saya panggil kamu ke sini?" Soalan Kilan itu membuatkan Aubree kembali sedar dari lamunannya. Mata Aubree hinggap di wajah Kilan yang tampan itu dan beberapa saat kemudian, pandangannya kembali difokuskan ke lantai. Seolah-olah lantai itulah benda yang paling cantik dari wajah Kilan.

"Yang Mulia Putera Ketiga, saya mohon. Maafkan saya. Saya--saya tidak sengaja... Saya---Saya diperangkap!" kata Viana dengan suara yang kuat dan terketar-ketar, jelas menunjukkan yang dia sedang dalam ketakutan dan gelabah. Viana masih bingung bagaimana dia yang mendapat semua musibah itu sedangkan Aubreelah yang sepatutnya mendapat semua kecelakaan itu.

Kenapa semuanya beralih kepadanya pula?

Dengan perasaan marah dan benci, Viana memandang ke arah Aubree. Tajam saja matanya menghantar jelingan kepada Aubree sebagai tanda rasa marah dan bencinya terhadap Aubree.

Aubree tahu maksud di sebalik pandangan Viana itu tapi dia sengaja buat tidak tahu. Aubree hanya memandang saja lantai dan mengabaikan wanita Elf di sebelahnya. Lagipun, Viana tidak akan dapat mencederakan dia di depan Putera Ketiga ini.

"Saya memanggil kamu berdua datang ke sini kerana masalah tadi petang semasa kami sedang berbincang di bilik belajar saya. Kamu sepatutnya sudah tahu bagaimana menghormati tetamu seorang Putera Elf tapi insiden tadi petang bukan saja merosakkan nama saya tapi juga nama keluarga kerajaan." Kilan teruskan bersuara. Sesekali matanya memandang Aubree dan Viana silih berganti.

"Bukan nama keluarga Kerajaan Elf Barat saja yang mendapat nama yang buruk tapi juga nama keluarga Kerajaan Elf Selatan sebab Viana ialah seorang pembantu peribadi kepada Puteri Katy. Viana mengaku bahawa semua insiden ini berasal dari rancangan kamu? Apa yang kamu ingin katakan tentang ini, Aubree?" Kilan menghabiskan ayatnya dan matanya memandang tepat ke wajah Aubree yang sedang menunduk itu.

"Be--betul, Yang Mulia. Saat itu Aubree ada di dekat saya dan dia menolak saya sehingga saya terjatuh ke arah Tuan Muda Jude. Saya--saya sangat tidak bersalah dalam hal ini!" Viana terus menunduk, menghentakkan dahinya ke lantai dengan linangan air mata yang deras.

Aubree hanya melirik ke arah Viana yang kelihatan bersungguh-sungguh mahu melutut di depan Kilan dan memohon belas kasihan. Aubree tersenyum sinis dalam hati. Dia tidak menyangka yang wanita Elf di sebelahnya itu sangat pandai dalam berlakon. Boleh pula semua kesalahan tadi petang diletakkan pada Aubree.

"Kamu ada nak cakap apa-apa tentang ini, Aubree?" tanya Kilan, memandang Aubree dengan anak mata yang tajam.