webnovel

Aku Di Dunia Elf

Kerana dibenci oleh sahabat baiknya sendiri, dia terbunuh dalam satu misi yang dirancang. Aubree ialah seorang assasin dan juga seorang tentera dengan kemampuan ilmu bela diri yang sangat tinggi dan sukar untuk dikalahkan. Kerana iri hati dengan kelebihan Aubree, Lucy yang sudah menjadi sahabat baik kepada Aubree sejak dari kecil sanggup berkomplot dengan musuh mereka untuk membunuh Aubree. Aubree terlahir kembali di sebuah dunia lain, dunia yang tidak pernah Aubree lihat. Dia terlahir semula di sebuah dunia yang dipanggil Dunia Elf. Dunia Elf? Siapa yang menyangka yang dia akan terlahir semula di badan seorang elf perempuan yang mempunyai nama yang sama dengan dia. Bezanya, elf perempuan ini adalah seorang yang lembap, bodoh dan sangat lemah. Di Dunia Elf, mereka memiliki elemen-elemen dunia dan ilmu bela diri. Elf paling lemah hanya mampu melakukan beberapa jenis ilmu bela diri tanpa elemen mereka... Tapi apa hal pula Elf yang satu ini tiada elemen dunia dan tiada ilmu bela diri. Aubree yang sangat mementingkan ilmu bela diri demi keselamatan diri, menjadi pening dengan badan baru ini. Badan baru ini sangat lemah, sangat-sangat lemah sehingga dia tidak mampu melakukan kerja lain selain menjadi pembantu rumah biasa... Dan pemilik sebelum ini meninggal hanya kerana tertelan roti---Tunggu, apa? Dunia, apa dah jadi? Memandangkan Aubree yang memiliki tubuh ini sekarang, dia berjanji kepada pemilik sebenar yang dia akan meneruskan hidup dan menukarkan sejarah kehidupan yang menyedihkan.

bbeatyybrr · Fantasy
Not enough ratings
93 Chs

Peluang Untuk Membalas Dendam(2)

Keadaan menjadi tegang bila Patrick dan Lucas tidak bercakap dan hanya saling berbalas pandangan. Semua yang hadir saat ini tahu kalau Lucas dan Patrick tidak pernah sebulu. Jika berjumpa, mesti ada yang hendak didebatkan. Tiada yang tahu dari mana asal perasaan benci diantara mereka.

Jika Patrick dan Lucas dibiarkan bersama, yang ada cumalah pergaduhan. Tidak sampai seminit saja, Lucas dan Patrick akan mula bergaduh. Jika tidak dihentikan segera, mereka tidak akan pernah berhenti berlawan sehingga ada salah seorang dari mereka yang hilang nyawa.

Melihat keadaan yang tegang itu, lelaki Elf yang ada di sebelah kanan Issac terus mencelah perang mata diantara Lucas dan Patrick. "Baiklah... kamu berdua boleh berhenti. Sesiapa pun pelaku yang membuat masalah itu, dia sudah hilang dan tidak mungkin kita akan dapat mencari dia lagi. Yang penting tiada orang yang luka."

Lucas segera mengalihkan pandangan matanya dan seterusnya memandang ke arah lelaki yang bercakap tadi. Dia hanya tersenyum dan menunduk hormat kepada lelaki itu. "Yang Mulia Putera Kedua, saya juga bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Mulia. Pelaku itu mungkin sudah pergi jauh dari sini dan susah untuk kita kejar dia."

Patrick mendengus geram dalam diam dan memandang ke tempat lain.

"Berani pelaku itu membuat masalah di kediaman saya. Tapi... dia tidak akan berbuat begitu jika tiada diantara kamu yang berbuat sesuatu yang salah. Dan kamu, Patrick... saya berharap kamu tidak akan menganggu lagi para pembantu saya. Jika perkara ini terjadi lagi, saya tidak akan teragak-agak menghukum kamu," Kilan terus berlalu dari sana tanpa memandang ke belakang lagi.

Issac dan kawan-kawannya yang lain terus mengikuti Kilan.

Mendengar teguran dari Kilan, wajah Patrick menjadi merah kerana malu dan marah. Dia tidak menyangka yang Kilan akan menegurnya di depan banyak tetamu yang lain. Patrick menggenggam erat tangannya dan hanya menunduk. Dia menolak untuk berbalas pandangan dengan orang lain.

Lucas tersenyum sinis melihat keadaan Patrick yang merasa malu itu. Dia tidak bercakap apa-apa lagi dan terus meninggalkan tempat itu. Dia sudah membuatkan Patrick menjadi malu begitu jadi dia sudah merasa lebih baik sikit. Kalau dia semakin menambahkan rasa amarah Patrick, nanti dia pula yang mendapat malu sekali.

Selain Lucas, tetamu yang lain juga meninggalkan Patrick dan kawan-kawannya yang lain di sana. Mereka merasa tiada apa yang mampu mereka lakukan di sana lagi dan pergi adalah tindakan yang lebih baik daripada tinggal diam di sana.

Melihat keadaan Patrick itu, kawan-kawan Patrick tidak berani mahu meninggalkan dia seorang diri. Seorang lelaki memberanikan diri untuk mendekati Patrick. "Patrick---"

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Patrick terus menggenggam erat kolar baju lelaki itu. Dia menarik lelaki itu sehingga muka lelaki itu menjadi dekat. Patrick memandang kawannya itu dengan wajah yang penuh dengan rasa marah. "Saya nak kau cari siapa orang yang sudah berani cari pasal dengan saya. Saya mahu orang itu dijumpai!! Saya tidak akan biarkan orang itu terlepas dari saya!"

Lelaki itu mengangguk laju dalam keadaan ketakutan. Patrick menjadi sangat menakutkan jika dia dalam keadaan marah. Kerana Patrick lebih kuat dari sesiapa pun diantara mereka, tiada yang berani melawan Patrick.

Patrick segera melepaskan lelaki itu dan beredar dalam keadaan yang marah. Kawan-kawan Patrick hanya memandang Patrick beredar tanpa mengatakan apa-apa. Mereka takut kalau mereka mengatakan sesuatu, Patrick akan menjadi lebih marah lagi.

***

***

AUBREE yang berada dalam keadaan gembira itu berjalan dengan senang hati menuju ke dapur. Meskipun dia tidak tahu perbuatannya telah membuatkan seseorang mendapat malu di depan banyak orang, Aubree tidak peduli kerana dia hanya ingin menolong para pembantu rumah yang diganggu oleh orang-orang kaya yang sombong tadi.

Julie melihat Aubree yang tersenyum lebar sehingga ke telinga itu. Dia merasa pelik dengan sikap Aubree kerana dia tidak pernah melihat Aubree tersenyum begitu lebar. "Kau kenapa asyik tersenyum, Aubree? Ada apa-apa yang buat kau rasa gembira kah?" tanya Julie.

Aubree tidak memandang ke arah Julie. Sebaliknya, dia duduk di tepi meja dan mula mengagihkan buah-buahan ke tiga bakul rotan di atas meja. "Tiada apa-apa... saya rasa cuaca hari ni sangat baik, sebab itu kenapa mood saya juga baik," jawab Aubree selamba.

Mana mungkin dia mahu memberitahu Julie perkara sebenar. Jika Julie tahu apa yang berlaku, Julie akan merasa sangsi dengan Aubree. Kerana sebelum ini, Aubree tidak pernah melakukan perkara seperti ini.

Mendengar alasan Aubree itu, Julie tidak berkata banyak lagi tapi dia hanya memerhati saja Aubree yang sedang membuat kerjanya. Setelah memastikan yang Aubree tidak ingin bercakap apa-apa lagi, Julie pun menyambung kerjanya.

Aubree juga tidak bercakap tentang benda lain dan dia hanya diam. Jadinya, suasana mereka ketika berkerja sangat sunyi tapi tenang saja.

Setelah Aubree siap mengagihkan semua buah itu ke tiga bakul rotan yang sama, dia dan Julie menghantar bakul itu menuju ke taman. Dalam perjalanan menuju ke taman itu, Aubree dan Julie bertembung dengan rombongan Katy dan pembantu peribadinya.

Aubree dan Julie segera menunduk untuk memberi hormat kepada Katy. Katy hanya menjeling ke arah Aubree yang sedang menunduk. Setelah Viana menceritakan perkata yang berlaku padanya sehingga dia dihukum oleh Putera Ketiga, Katy menjadi semakin benci dengan Aubree.

Aubree juga tahu Katy membenci dirinya melalui aura yang dikeluarkan oleh Katy. Bagi Aubree, tidak susah untuk mengetahui apakah maksud di sebalik aura Katy. Walau benci macam mana pun Katy terhadap Aubree, Aubree tidak kisah sebab dia tidak takut pun dengan Puteri Elf dari Kerajaan Elf Selatan itu.

Viana yang berada di belakang Katy itu terus mencemuh dalam diam bila dia melihat Aubree. Sejak kejadian dia dihukum oleh Kilan, rasa benci dalam dirinya terhadap Aubree semakin menebal. Viana berharap suatu hari dia mendapat kesempatan di mana dia boleh membuli dan menghukum Aubree dengan menggunakan tangannya sendiri. Viana mahu mencakar wajah hodoh milik Aubree itu sampai dia menjadi semakin hodoh supaya tiada orang yang berani melihat dia lagi.

Aubree memandang ke arah Viana pula. Dia melihat Viana sedang memandangnya dengan tajam berserta dengan segaris senyuman yang sinis. Aubree mengecilkan matanya menatap Viana.

Tatapan itu tidak lama dan Aubree kembali mengalihkan pandangannya ke lantai dan terus menunduk. Aubree tahu Viana masih berdendam dengannya tentang apa yang terjadi dan Aubree tidak takut untuk menghadapi apa saja muslihat Viana. Malah dia tidak sabar mahu menentang Viana.

'Kita tengok siapa yang menang pada akhir nanti.'