webnovel

Aku Di Dunia Elf

Kerana dibenci oleh sahabat baiknya sendiri, dia terbunuh dalam satu misi yang dirancang. Aubree ialah seorang assasin dan juga seorang tentera dengan kemampuan ilmu bela diri yang sangat tinggi dan sukar untuk dikalahkan. Kerana iri hati dengan kelebihan Aubree, Lucy yang sudah menjadi sahabat baik kepada Aubree sejak dari kecil sanggup berkomplot dengan musuh mereka untuk membunuh Aubree. Aubree terlahir kembali di sebuah dunia lain, dunia yang tidak pernah Aubree lihat. Dia terlahir semula di sebuah dunia yang dipanggil Dunia Elf. Dunia Elf? Siapa yang menyangka yang dia akan terlahir semula di badan seorang elf perempuan yang mempunyai nama yang sama dengan dia. Bezanya, elf perempuan ini adalah seorang yang lembap, bodoh dan sangat lemah. Di Dunia Elf, mereka memiliki elemen-elemen dunia dan ilmu bela diri. Elf paling lemah hanya mampu melakukan beberapa jenis ilmu bela diri tanpa elemen mereka... Tapi apa hal pula Elf yang satu ini tiada elemen dunia dan tiada ilmu bela diri. Aubree yang sangat mementingkan ilmu bela diri demi keselamatan diri, menjadi pening dengan badan baru ini. Badan baru ini sangat lemah, sangat-sangat lemah sehingga dia tidak mampu melakukan kerja lain selain menjadi pembantu rumah biasa... Dan pemilik sebelum ini meninggal hanya kerana tertelan roti---Tunggu, apa? Dunia, apa dah jadi? Memandangkan Aubree yang memiliki tubuh ini sekarang, dia berjanji kepada pemilik sebenar yang dia akan meneruskan hidup dan menukarkan sejarah kehidupan yang menyedihkan.

bbeatyybrr · Fantasy
Not enough ratings
93 Chs

Minta Maaf(1)

ZZAP!

Sebatang anak panah yang panjang dan keras meluncur laju di udara, menembak titik merah di tengah-tengah papan tanda yang digantungkan di dahan sebuah pokok.

Kerana kekuatan dari kesan tembakan anak panah itu tinggi, papan tanda itu berayun dari belakang ke depan beberapa kali.

Aubree menurunkan busur di tangannya sambil matanya masih menatap anak panah yang terpacak di permukaan papan tanda.

Kemudian, Aubree menunduk dan memandang ke arah tatu hitam di atas tapak tangannya.

Keluhan kecil dilepaskan. 'Sampai bila tatu ini harus ada di tangan saya.'

"Kau nampak macam tidak terkesan pun dengan semua gosip buruk di tempat ini?"

Aubree mendiamkan diri saja. Kepalanya diangkat dan matanya bertembung dengan mata Kilan.

Tanpa sedar, wajahnya berubah reaksi menjadi kerutan. Dia tidak mahu melihat Kilan saat ini kerana dia tidak moodnya terjejas.

"Kilan... Apa yang kau buat di sini?"

"Tak ada maksud lain, saya datang ke sini untuk melihat keadaan kau. Sejak saya dengar gosip yang menyebar cepat di Menara Kristal ini, saya agak risau tentang keadaan kau..."

"Risau? Kenapa kau perlu merisaukan keadaan saya pula? Setahu saya, saya bukanlah seseorang yang penting kepada Yang Mulia Putera Ketiga sampai saya mendapatkan perhatian Yang Mulia seperti ini..."

Senyuman muncul di bibir Kilan tapi terlihat agak janggal. Dia tidak tahu kenapa dia merasa tertekan dengan perkataan Aubree tadi.

"Saya tahu kita bercakap beberapa kali dan kita bukanlah rapat sangat. Saya cuma nak tahu keadaan kau... Selepas kejadian makan malam itu..."

Aubree tersenyum kecil tapi senyuman itu tidak terlihat hangat sama sekali. Seolah-olah dia bercakap dengan orang asing saat ini.

"Jangan risau tentang saya, Kilan. Saya tidak mengenali siapa Meliani yang sebenarnya... Sama ada dia itu seorang yang baik hati... Atau pun baik di luar tapi kejam di dalam... Atau seorang yang sangat obses dengan orang-orang di sekelilingnya."

Aubree memandang Kilan dengan wajah dingin. "Saya tidak mahu dia gunakan orang-orang di dekat dia untuk melakukan sesuatu yang buruk kepada saya lagi..."

"Apa maksud kau?" tanya Kilan dengan kening yang berkerut.

"Kau masih tidak faham? Dengan imej baik yang Meliani sudah tunjukkan sejak mula... Dia tidak akan berani fitnah saya secara depan-depan. Kecuali jika dia menggunakan orang-orang yang paling dekat dengan dia..."

Aubree mengangkat busur di tangannya lagi dan tangan yang satu lagi menarik anak panah yang berada di dalam sarung panah di bahagian belakangnya.

"Meliani menggunakan para pengikut setianya untuk menyebarkan fitnah tentang saya... Dan saya baru ingat yang kau ialah salah satu dari 'pengikut' Meliani... Jadi saya tidak mahu terlibat dengan orang-orang yang berada berhampiran dengan Meliani..."

Kilan memandang Aubree dengan wajah yang tidak senang. "Meliani bukan seperti itu..."

Aubree tersengih sinis. "Saya tahu kau akan cakap begitu. Lagipun dengan imej Meliani yang seperti dewi itu, siapa yang akan percaya yang dia akan buat semua benda tak beradap begitu?"

Aubree meletakkan anak panah tadi ke tali busur dan menarik tali busur itu ke belakang.

Kilan menjadi diam dan hanya berdiri di sana sambil memandang Aubree.

"Meliani ialah Elf yang berbeza... Perkara makan malam yang terjadi malam itu sudah tersebar luas... Tapi dia tidak melakukan apa-apa pun terhadap kau. Kau tidak patut cakap begitu pasal dia..."

ZAAPP!

Papan tanda yang bergantung kembali berayun ke kiri dan ke kanan.

Aubree menjeling ke arah Kilan sambil mengeluarkan aura gelap di sekelilingnya.

"Kalau kau cuma datang ke sini hanya kerana kau ingin membela Meliani di depan saya dan mahu membuktikan benda mengarut begini, saya rasa kedatangan kau ini cuma sia-sia."

Kilan terkejut saat melihat seluruh sifat Aubree berubah hanya dalam masa sesaat. Saat ini dia terlihat seperti seekor singa yang sudah pun menjumpai mangsanya dan tidak sabar untuk menerkam.

"Saya tidak kisah dengan Meliani... Dan semua benda yang ada di sekeliling dia. Saya tidak buat apa-apa yang buatkan nyawa dia berbahaya tapi saya hairan kenapa dia perlu lakukan benda fitnah begini pada saya..."

Aubree kembali meletakkan sebatang anak panah ke tali busur lagi.

"Lebih baik tinggalkan saya seorang diri di sini, Kilan. Saya tidak mahu diganggu saat ini, lebih-lebih lagi benda yang berkaitan dengan Meliani..."

Kilan mengeluh saat mendengar kata-kata Aubree. "Kau... Kau patut belajar memahami Meliani, Audrey. Mungkin suatu hari nanti hubungan diantara kau dan Meliani akan membaik..."

Aubree tidak mahu menjawab atau melayan kata-kata yang dilontarkan oleh Kilan. Dia hanya menumpukan perhatiannya terhadap latihan memanah saja.

Kilan menunggu beberapa saat untuk Aubree memberi reaksi namun akhirnya kecewa kerana Aubree langsung tidak berhenti berlatih atau memandangnya.

Kilan pun berjalan meninggalkan Aubree di tempat itu dengan wajah kecewa. Setelah beberapa meter jauh dari Aubree, Kilan berhenti dan dia menoleh kembali ke arah Aubree.

Satu keluhan kecil dilepaskan dan Putera Ketiga itu pun berjalan pergi dari sana.

Setelah Kilan berjalan jauh dari Aubree, tanpa menahan dirinya Aubree sudah pun menukarkan wajahnya menjadi wajah buruk.

'Siapa yang nak faham perangai perempuan yang tak tahu adap? Silap hari bulan, saya pula yang kena perangkap perempuan dua muka tu...'

Aubree tidak lagi memikirkan perkara yang dibincangkan oleh dia dan Kilan. Sebaliknya, dia mengambil lagi panah lain dan menyambung kembali latihan memanah.

Setelah beberapa jam dia berlatih memanah, Aubree kembali ke biliknya. Semasa dalam perjalanan, dia terserempak dengan Meliani yang berjalan bersama-sama dengan Katy dan Fourlin. Terdapat juga beberapa orang pembantu yang berjalan mengikuti mereka dari belakang.

Saat melihat Aubree, wajah Fourlin berubah menjadi bengis dan dia melontarkan sebuah jelingan tajam ke arah Aubree.

Aubree mengeluh dalam hati. 'Dalam banyak-banyak tempat, kenapa di sini juga kami nak bertembung?'

Aubree tidak mahu melihat Meliani atau sesiapa pun diantara mereka, jadi dia menoleh ke arah lain dengan wajah malas.

"Ah, Audrey... Tak sangka kita boleh berjumpa hari ini lagi," ujar Meliani dengan senyuman di wajah.

Aubree tidak melayan Meliani. Sebaliknya dia berjalan meninggalkan mereka di sana tanpa mengatakan apa-apa.

Tiba-tiba, Fourlin menarik tangan Aubree, menahan Aubree daripada meninggalkan mereka.

Aubree menoleh ke arah Fourlin dan memandang ke arah tangan Fourlin yang memegang tangan kanannya.

"Kau masih belum meminta maaf pada Puteri Meliani atas gelas kesayangan Puteri Meliani semasa makan malam dulu. Bukankah kau sepatutnya meminta maaf pada dia?" tanya Fourlin. Cengkaman di tangan Aubree menjadi lebih kuat, seolah-olah ingin memberi amaran kepada Aubree agar melakukan seperti apa yang diminta.

Aubree membalas renungan tajam dari Fourlin dengan pandangan dingin. Senyuman sinis muncul di bibirnya.

"Eh, apa yang kamu cakap ni, Fourlin? Saya tak perlukan—"

Belum sempat Meliani menghabiskan ayatnya, Aubree sudah pun bercakap.

"Kenapa saya perlu minta maaf? Elf macam saya tidak pernah mengenal apa itu perkataan maaf jadi kau boleh simpan saja niat kau untuk dengar saya meminta maaf pada dia..."

Kata-kata Aubree itu mengejutkan semua orang.

Meliani memandang Aubree dengan mata yang bulat, seakan-akan tidak menyangka yang Aubree akan berkata begitu.

Okey, bab baru...

I'm really sorry sebab lambat update. By the way, thank you sebab masih setia menunggu.

bbeatyybrrcreators' thoughts