webnovel

Aku Di Dunia Elf

Kerana dibenci oleh sahabat baiknya sendiri, dia terbunuh dalam satu misi yang dirancang. Aubree ialah seorang assasin dan juga seorang tentera dengan kemampuan ilmu bela diri yang sangat tinggi dan sukar untuk dikalahkan. Kerana iri hati dengan kelebihan Aubree, Lucy yang sudah menjadi sahabat baik kepada Aubree sejak dari kecil sanggup berkomplot dengan musuh mereka untuk membunuh Aubree. Aubree terlahir kembali di sebuah dunia lain, dunia yang tidak pernah Aubree lihat. Dia terlahir semula di sebuah dunia yang dipanggil Dunia Elf. Dunia Elf? Siapa yang menyangka yang dia akan terlahir semula di badan seorang elf perempuan yang mempunyai nama yang sama dengan dia. Bezanya, elf perempuan ini adalah seorang yang lembap, bodoh dan sangat lemah. Di Dunia Elf, mereka memiliki elemen-elemen dunia dan ilmu bela diri. Elf paling lemah hanya mampu melakukan beberapa jenis ilmu bela diri tanpa elemen mereka... Tapi apa hal pula Elf yang satu ini tiada elemen dunia dan tiada ilmu bela diri. Aubree yang sangat mementingkan ilmu bela diri demi keselamatan diri, menjadi pening dengan badan baru ini. Badan baru ini sangat lemah, sangat-sangat lemah sehingga dia tidak mampu melakukan kerja lain selain menjadi pembantu rumah biasa... Dan pemilik sebelum ini meninggal hanya kerana tertelan roti---Tunggu, apa? Dunia, apa dah jadi? Memandangkan Aubree yang memiliki tubuh ini sekarang, dia berjanji kepada pemilik sebenar yang dia akan meneruskan hidup dan menukarkan sejarah kehidupan yang menyedihkan.

bbeatyybrr · Fantasy
Not enough ratings
93 Chs

Kedatangan Utusan Dari Menara Kristal(3)

'White, kalau saya mengikuti mereka pergi ke Menara Kristal dulu, perkara di Kerajaan Iron Tulip masih boleh ditangguh? Haruskah saya mengikuti mereka kembali ke Menara Kristal atau saya selesaikan masalah di Kerajaan Iron Tulip dulu baru saya pergi Menara Kristal?'

[Yang Mulia, apa pun keputusan Yang Mulia buat, saya akan tetap mengikuti Yang Mulia. Saya yakin tentu pengikut-pengikut yang lain juga akan mengikuti apa saja keputusan Yang Mulia. Jika Yang Mulia ingin pergi ke Menara Kristal dulu, saya boleh hantarkan mesej untuk memberitahu para pengikut yang lain untuk mengawasi keadaan di Kerajaan Iron Tulip dulu...]

'Hhmm... Ini keputusan yang agak susah. Ke mana saya harus pergi dulu?'

Setelah lama dia berfikir tentang keputusannya, akhirnya Aubree memandang ke arah Fourlin lagi. "Baiklah, saya akan mengikuti kamu kembali ke Menara Kristal. Jika terbukti saya bukan pemilik Kristal Kehidupan itu, kamu harus lepaskan saya pergi secepat mungkin!"

'Tsk, apa yang saya cakap ni? Sudah tentu sayalah pemilik Kristal Kehidupan itu. Saya pergi atau tidak pergi, tetap tidak mengubah identiti saya sebagai pemilik Kristal Kehidupan itu...'

Tuan Merrah merasa senang dengan jawapan Aubree. Dia merasa senang kerana jika memang Aubree terbukti bukan pemilik kepada Kristal Kehidupan, maka dia akan menggunakan apa saja cara untuk menjadikan Aubree bersetuju untuk menjadi penjaga Puteri Meliani.

Kilan yang sedari tadi hanya melihat perbincangan antara Tuan Merrah dan wanita misteri itu menjadi gembira. Hal ini adalah berita baik untuknya kerana bukan saja dia dapat membuatkan Tuan Merrah senang hati, malah dia juga dapat membuatkan Tuan Merrah akan merasa berterima kasih kepadanya.

"Kalau begitu, bagaimana kalau Tuan datang ke kediaman saya untuk berehat sebelum kamu kembali ke Menara Kristal?" kata Kilan kepada Tuan Merrah.

Aubree terus menjeling Kilan dengan jelingan meluat. Dia sudah bersumpah yang dia tidak akan pernah menjejakkan kakinya ke kediaman Putera Ketiga itu lagi. Tambahan lagi, di kediaman itu ada lagi Putera Dingin yang membuatkan Aubree sentiasa merasa tidak selesa.

Aubree tidak mahu berjumpa dengan mana-mana Elf yang ada di kediaman Putera Kilan lagi kerana Aubree tidak mempunyai memori yang manis di sana.

Oleh itu, dia segera menolak cadangan Kilan. "Saya tidak mahu berhenti lagi. Kalau kamu mahu membawa saya kembali ke Menara Kristal, kita harus pergi sekarang!" Aubree terus memberikan arahan kepada Tuan Merrah.

Tindakan Aubree memberi arahan itu membuatkan Elf yang datang dari Menara Kristal memandang Aubree dengan pandangan tidak puas hati. Mereka tidak suka dengan perangai Aubree yang sombong dan suka memberi arahan sedangkan identitinya sebagai pemilik Kristal Kehidupan belum lagi dipastikan.

Sayangnya, alasan Aubree untuk tidak mahu kembali ke kediaman Kilan tidak diketahui oleh Elf lain dan itu yang menyebabkan mereka salah faham terhadap niat Aubree. Tapi walaupun Aubree tahu tentang itu, dia tidak akan peduli juga.

Fourlin memandang Aubree dengan wajah geram. Sejak dari dia melihat Elf bermata merah ini, dia tidak melihat personaliti Aubree yang menyenangkan di matanya.

Fourlin ialah seorang tentera yang dikira kuat di Menara Kristal dan dihormati oleh Elf lain kerana dia adalah anak buah kepada Tuan Merrah serta dia juga bersahabat dengan Puteri Meliani.

Selama dia bersahabat dengan Puteri Meliani, Fourlin sangat menyukai Puteri Meliani kerana sikapnya yang lembut dan baik hati. Puteri itu tidak mudah marah dan sangat penyayang. Selain dari memiliki kekuatan yang tinggi kerana memiliki identiti sebagai pemilik Kristal Kehidupan, Puteri Meliani juga seorang Puteri Elf yang cantik dan menawan.

Semua lelaki akan bergaduh untuk mendapatkan perhatian Puteri Meliani.

Apa yang Fourlin lihat di dalam diri Aubree adalah yang sebaliknya.

Bukan saja dia seorang yang sombong malah Aubree juga tidak tahu menghormati orang yang lebih tua dan mempunyai pangkat yang tinggi darinya. Fourlin tidak memerlukan orang lain untuk memberitahu dia tentang keburukan diri Aubree kerana Fourlin sendiri boleh melihat apa keburukan lain di dalam diri Aubree.

Jika bukan kerana misi mereka untuk membawa kembali siapakah pemilik kedua Kristal Kehidupan, Fourlin sudah lama memberikan pelajaran kepada Aubree tentang bagaimana bersikap lebih sopan dan menghormati orang lain.

Mendengar jawapan dari Aubree itu membuatkan Kilan merasa sedih dan kesal namun kerana permintaan Aubree itu, Kilan harus mengikuti apa yang dia katakan.

Tuan Merrah masih bersikap tenang walaupun pengikutnya sudah pun merasa tidak puas hati dengan sikap Aubree. Dia tersenyum sambil mengusap janggutnya.

"Baiklah, jika itu yang kamu mahu."

Tuan Merrah memandang ke arah pengikutnya. "Kita akan kembali ke Istana. Setelah itu, kita akan kembali ke Menara Kristal keesokan hari."

"Baik, Tuan Merrah!"

Sayangnya, Aubree masih tidak sedar yang dia sendiri sudah pun membuatkan orang lain tidak suka padanya. Hari-hari Aubree di Menara Kristal akan menjadi lebih sukar dan mencabar disebabkan oleh perangai Aubree yang tidak disukai orang lain. Tapi tentu saja, perkara ini akan berlaku di masa hadapan, di mana Aubree akan tinggal di Menara Kristal sebagai pemilik Kristal Kehidupan.

***

***

Setelah perjalanan selama dua jam, akhirnya mereka tiba di Istana. Sebaik saja mereka turun dari kuda, mereka segera menuju ke ruang perjumpaan dan memberi salam kepada Raja Willden.

Raja Willden sempat merenung ke arah wanita misteri yang dibawa oleh Tuan Merrah. Dia akan terkejut melihat mata wanita misteri itu kerana matanya berwarna merah. Di seluruh Kerajaan Elf, belum pernah ada seorang pun Elf yang mempunyai warna mata merah.

Raja Willden memandang pula Harimau Bertanduk yang sedang berbaring dengan tenang di tepi Aubree. Sekali lagi, dia menaikkan keningnya dengan wajah tertarik.

"Kamu yang disebut oleh Putera Ketiga sebagai wanita misteri yang sudah menolong mereka menghapuskan kumpulan Tentera Kegelapan. Siapakah nama kamu?" tanya Raja Willden.

Aubree yang masih menunduk itu, membalas pertanyaan dari Raja Willden. "Nama saya ialah Audrey, Yang Mulia."

"Audrey... Hhmm..." Raja Willden mengangguk saja. Kemudian dia memandang ke arah Tuan Merrah lagi. "Saya difahamkan yang kamu akan berangkat esok ke Menara Kristal?"

Tuan Merrah tersenyum kecil sambil menundukkan kepalanya. "Benar, Yang Mulia."

"Saya faham. Jikalau begitu, malam ini kamu akan berehat di sini sebelum berangkat besok."

"Baik, Yang Mulia!"

Tuan Merrah dan kumpulannya pun berjalan keluar dari ruang perjumpaan.

Setelah semua orang keluar, Raja Willden segera memanggil Elf suruhannya yang sedang bersembunyi di kawasan gelap.

"Siasat latar belakang wanita Elf bermata merah tadi..."

"Dan hantarkan mata-mata kita untuk mengikuti rombongan itu ke Menara Kristal. Jika terbukti bahawa wanita itu bukan pemilik Kristal Kehidupan itu, pastikan kamu membawa dia kembali ke Kerajaan kita."

"Perintah Yang Mulia akan segera dilaksanakan." Elf suruhan tadi menunduk hormat sebelum dia menghilang kembali dari ruangan itu.

Raja Willden memandang ke arah pintu di mana Tuan Merrah dan kumpulannya keluar. Bukan dia tidak tahu jika kekuatan di dalam diri Aubree adalah sangat tinggi. Kekuatan itu sudah cukup untuk melindungi Kerajaan Elf dari serangan Raja Kegelapan.

Jika Raja Willden berjaya membuatkan wanita bermata merah itu tinggal di sisi Kerajaan mereka, Kerajaan mereka akan mendapatkan banyak faedah.

Memikirkan bagaimana banyaknya faedah yang akan dia dapatkan membuatkan Raja Willden tersenyum kecil. "Ini memang menarik!"

Jadi, macam mana?

Senang hati dengan 4 bab yang dikeluarkan?

Lepas ini, kehidupan Aubree akan lebih mencabar selepas dia masuk ke Menara Kristal.

Jadi harap semua orang masih tetap stay di sini untuk mengetahui kehidupan Aubree selepas ini.

Have a nice day!

bbeatyybrrcreators' thoughts