webnovel

Aku Di Dunia Elf

Kerana dibenci oleh sahabat baiknya sendiri, dia terbunuh dalam satu misi yang dirancang. Aubree ialah seorang assasin dan juga seorang tentera dengan kemampuan ilmu bela diri yang sangat tinggi dan sukar untuk dikalahkan. Kerana iri hati dengan kelebihan Aubree, Lucy yang sudah menjadi sahabat baik kepada Aubree sejak dari kecil sanggup berkomplot dengan musuh mereka untuk membunuh Aubree. Aubree terlahir kembali di sebuah dunia lain, dunia yang tidak pernah Aubree lihat. Dia terlahir semula di sebuah dunia yang dipanggil Dunia Elf. Dunia Elf? Siapa yang menyangka yang dia akan terlahir semula di badan seorang elf perempuan yang mempunyai nama yang sama dengan dia. Bezanya, elf perempuan ini adalah seorang yang lembap, bodoh dan sangat lemah. Di Dunia Elf, mereka memiliki elemen-elemen dunia dan ilmu bela diri. Elf paling lemah hanya mampu melakukan beberapa jenis ilmu bela diri tanpa elemen mereka... Tapi apa hal pula Elf yang satu ini tiada elemen dunia dan tiada ilmu bela diri. Aubree yang sangat mementingkan ilmu bela diri demi keselamatan diri, menjadi pening dengan badan baru ini. Badan baru ini sangat lemah, sangat-sangat lemah sehingga dia tidak mampu melakukan kerja lain selain menjadi pembantu rumah biasa... Dan pemilik sebelum ini meninggal hanya kerana tertelan roti---Tunggu, apa? Dunia, apa dah jadi? Memandangkan Aubree yang memiliki tubuh ini sekarang, dia berjanji kepada pemilik sebenar yang dia akan meneruskan hidup dan menukarkan sejarah kehidupan yang menyedihkan.

bbeatyybrr · Fantasy
Not enough ratings
93 Chs

Kedatangan Utusan Dari Menara Kristal(1)

Aubree hanya menggoyangkan tangannya dan panah yang dipegang oleh Aubree terus menghilang.

Issac memandang panah yang kini sudah hilang dengan wajah yang serius dan sukar untuk dibaca. Berbagai jenis soalan mula muncul di dalam benaknya.

"Kenapa kau ada di sini? Apa yang kau mahu? Kalau kau rasa kau nak bawa kembali ke kediaman Putera Ketiga tu, maaf saya tak akan kembali lagi," Aubree berpeluk tubuh memandang Issac yang tiba-tiba mendiamkan diri.

Semua persoalan yang muncul di benaknya tadi hilang setelah mendengar suara Aubree. Issac menepikan semua persoalan yang ada di dalam kepalanya dan memandang ke arah Aubree.

"Kau harus segera mengubah struktur wajah kau. Utusan dari Menara Kristal datang dan Kilan akan membawa mereka datang ke sini untuk menemui kau. Jika kau tidak mahu—Tidak, saya tidak mahu orang lain tahu bagaimana wajah asli kau. Jadi lebih baik, kalau kau tukarkan wajah asli kau itu kembali menjadi 'wanita misteri' yang kelmarin."

Berkerut dahi Aubree mendengar kata-kata Issac. "Utusan dari Menara Kristal? Apa benda tu?"

'Betul-betullah ni, kenapa memori 'Aubree' yang asal ni sangat sikit? Kenapa saya tidak boleh mencari apa-apa maklumat tentang Menara Kristal? Tidak hairanlah jika semua Elf memanggil dia bodoh.'

[Menara Kristal ialah tempat yang menyimpan Kristal Kehidupan itu. Nampaknya mereka sudah tahu tentang identiti Yang Mulia sebagai pemilik Kristal Kehidupan.] White yang tiba-tiba datang di sebelah Aubree segera menjawab pertanyaan Aubree tadi. Issac hanya menatap ke arah White untuk beberapa saat sebelum dia memandang ke arah Aubree lagi.

"Pemilik Kristal Kehidupan yang kedua telah diramalkan muncul dan sekarang semua Elf dari Menara Kristal sedang mencari kau. Saya tidak tahu jika kau ialah pemilik yang kedua itu tapi saya tidak mahu mereka tahu wajah asli kau—"

"Tunggu... Kenapa kau tak mahu orang lain nampak wajah asli saya? Kalau mereka tahu wajah asli saya, apa hubungannya dengan kau?" tanya Aubree sambil memandang Issac dengan tajam.

'Apahal dia ni? Apa hubungan wajah asli saya ini dengan dia? Ini wajah saya, suka hati saya tentukan apa yang saya ingin lakukan dengan wajah saya. Kenapa... Kenapa dia pula yang tidak suka Elf lain nampak wajah saya? Lelaki ni bukan saja tidak tahu malu... Tapi sudah jadi gila agaknya!'

Issac hanya diam saja sambil menatap wajah Aubree lama. Perlahan-lahan, dia menapak ke depan mendekati Aubree.

Aubree pula yang bingung dengan tindakan Issac yang mendadak itu.

"Saya sepertinya kenal dengan panah ini. Saya yakin jika panah seperti ini tidak pernah wujud di tempah ini dan saya hanya mengenal seorang saja Elf yang mempunyai panah seperti ini!" kata Issac sambil menunjukkan panah yang masih ada di tangannya.

'Tsk, dia sengaja nak tukar topik! Oi, jawab soalan saya yang tadi dululah baru tanya saya!'

Tapi Aubree tidak memaksa Issac untuk menjawab soalannya yang tadi. Dia terus mengambil panah yang ada di tangan Issac dan menghilangkan panah itu dari pandangan mereka.

"Ya, apa yang kau teka itu betul. Saya ialah pemilik kepada panah ini. Saya mengubah wajah saya menjadi wajah yang berbeza supaya tiada Elf yang kenal dengan saya."

Issac menaikkan kening kanannya terhadap Aubree. "Hmm, mengagumkan!"

Pada masa yang sama, Scorpio muncul di belakang Issac lagi. "Yang Mulia, Yang Mulia Putera Kilan bersama dengan rombongan sudah dekat."

Issac mengangguk sekali dan kembali memandang ke arah Aubree. "Kau boleh memilih untuk menyamar atau tidak... Tak lama lagi, Kilan akan membawa rombongan dari Menara Kristal ke sini."

Aubree terus menunjukkan penumbuknya ke atas dan wajahnya juga bertukar menjadi marah. "Putera Dungu tu lagi! Kenapa saya perlu berjumpa dengan dia lagi?"

Issac yang melihat Aubree menjadi marah kerana dia telah menyebut nama Kilan tadi, menatap Aubree dengan senyuman kecil di bibirnya. "Kau membenci Putera tu?"

Aubree menjeling pula ke arah Issac. "Buat apa saya nak bagi tahu kau? Kau sahabat dia jadi saya tak perlu beritahu kau pasal itu!" balas Aubree dengan wajah bengis.

Issac tergelak pula. "Oh, jadi betullah kau membenci dia..."

Aubree menjeling Issac lagi tapi tidak mengatakan apa-apa. Dia tiada masa hendak melayan Putera Dingin ini. Aubree segera memanggil Julie keluar dari tempat persembunyian.

Saat Julie melihat Issac, dia segera menunduk dan memberi salam hormat terhadap Putera Pertama itu. Issac hanya membalas salam hormat itu dengan segaris senyuman.

Julie yang senyuman Putera Pertama itu buat pertama kalinya, terasa ingin pengsan. Ini pertama kalinya dia melihat putera yang terkenal dengan wajah dingin tersenyum ke arahnya. 'Dewa, apakah yang berlaku? Kenapa Putera Pertama ini tersenyum ke arah saya secara tiba-tiba?'

Julie merapati Aubree dan berbisik sesuatu di telinganya. "Aubree, kenapa Yang Mulia Putera Issac ada di sini? Apa yang Yang Mulia lakukan di sini?"

"Tsk, kau tak perlu fikirkan benda itu dulu. Sekarang kita ada masalah yang lebih besar. Utusan dari Menara Kristal telah datang untuk mencari saya kerana saya ialah pemilik kepada Kristal Kehidupan..."

"Kau ialah pemilik Kristal Kehidupan? Tapi... Bukankah sudah ada pemilik Kristal Kehidupan yang lain?" Julie tidak menunggu Aubree untuk habis bercakap dan terus memotong ayatnya.

"Pemilik Kristal Kehidupan yang kedua diramal telah muncul. Jika kau mengaku sendiri yang kau ialah pemilik Kristal Kehidupan, bermakna mereka akan membawa kau kembali ke Menara Kristal," kata Issac pula.

Julie ternganga dengan berita yang dia dengar. Hari ini, banyak betul kejutan yang dia dapat. Pertama, dia terkejut saat Aubree memberitahu jika dia ialah seorang ratu di sebuah kerajaan yang dipanggil Kerajaan Iron Tulip dan sekarang Aubree pula mengatakan dia juga adalah pemilik kedua kepada kristal Kehidupan. 'Lepas ni, apa lagi kejutan yang saya dapat?'

Aubree tidak peduli dengan reaksi wajah Julie. Dia terus menggunakan kekuatan keduanya, iaitu menyamar. Anak mata Aubree berubah menjadi merah dalam sekelip mata dan wajahnya juga berubah menjadi 'wanita misteri' yang sedang dicari.

Aubree menoleh pula ke arah Julie dan mengoyangkan tapak tangan sebelah kanan ke wajah Julie. Perlahan-lahan, raut wajah Julie juga berubah menjadi seorang Elf yang berbeza. Hanya mata Julie yang berwarna biru saja yang tidak berubah.

"Mulai hari ini, selagi saya tidak benarkan kau gunakan nama kau sebagai Julie, kau akan dipanggil sebagai Della. Kau harus menyembunyikan identiti diri kau sebenar dari Elf lain," kata Aubree kepada Julie.

Julie masih lagi terlopong melihat mata Aubree berubah warna dan bagaimana Aubree mengubah sendiri raut wajahnya. Setelah beberapa saat, dia pun menganggukkan kepalanya sebelum beberapa saat kemudian dia bertanya lagi, "Apa yang telah kau lakukan kepada saya tadi?"

"Saya hanya mengubah struktur wajah kau saja, sama seperti saya. Dengan ini, tiada Elf yang akan mengenali kau lagi... Kecuali..." Aubree menggerakkan kepalanya ke arah Issac. "Dia saja yang jadi saksi kita hari ini tapi saya tahu dia tidak akan memberitahu sesiapa tentang ini."

Issac tersenyum kecil. "Jangan risau, saya tidak akan membocorkan rahsia ini!"

Aubree mengangguk kecil dengan wajah tidak peduli. "Buat masa ini, saya akan percaya pada kau."

"Mereka akan datang sebentar lagi. Saya akan pergi agar Kilan tidak curiga dengan saya," Issac memandang Aubree dan memberikan senyuman kepada gadis itu. "Jumpa lagi nanti!"

"Tsk! Kenapa kau yakin sangat yang kita akan berjumpa lagi selepas ini?" balas Aubree dengan suara sinis. Kalau boleh, Aubree tidak mahu berjumpa dengan Putera Pertama itu lagi walau dalam keadaan apa pun.

Setiap kali dia melihat Putera bermuka ais ini, Aubree akan merasa sesuatu yang pelik tapi Aubree tidak pernah mendapat jawapannya.

Issac tidak mengatakan apa-apa lagi. Dia sekadar tersenyum dengan kata-kata Aubree sebelum dia dan pengikutnya tadi pergi dari sana.

Kini tinggal Aubree dan Julie lagi di sana. Julie memandang ke arah Aubree. "Kenapa saya rasa yang cara Yang Mulia Putera Issac memandang kau agak berlainan, ya? Dan kenapa dia asyik tersenyum saja? Setahu saya, dia tidak pernah senyum begitu walaupun pada orang-orang yang terdekat."

Aubree berpeluk tubuh sambil mencebikkan mulutnya. "Apa yang nak dihairankan? Mungkin dia nak berbaik dengan saya lepas dia tahu identiti saya yang sebenar. Mungkin saja dia mahu gunakan kesempatan ini supaya saya boleh bekerja dengan dia..."

Julie memegang dagunya dan berfikir dengan keras. "Betulkah? Kenapa saya rasa apa yang kau cakap tidak sama dengan apa yang saya nampak?"

Aubree mencebik lagi. Dia melompat naik ke atas badan White. Aubree memandang ke arah Julie. "Kau mahu naik atau tidak? Kalau tidak, saya akan tinggalkan kau di sini!"

Julie terus berhenti berfikir bila Aubree bertanya kepadanya. "Eh, kau nak jalan? Bukankah kau harus menunggu utusan dari Menara Kristal? Bukankah mereka datang hendak berjumpa dengan kau?" tanya Julie.

"Biarkan mereka. Jika mereka ingin mencari saya, mereka harus datang kepada saya. Saya tidak akan menunggu mereka untuk berjumpa dengan saya. Jika mereka cepat, mereka akan menemukan saya dan jika tidak, mereka harus menunggu peluang mereka di kemudian hari."

Julie mengangguk lagi. Dia menyambut tangan Aubree yang dihulurkan dan terus naik ke atas belakang White, tepat di belakang Aubree.

Aubree menepuk leher White dengan lembut. "White, mari pergi!"

[Baik, Yang Mulia.]

Mulai hari ini, nama Julie akan ditukar menjadi Della.

Nama ini hanya sementara saja sebab Julie memerlukan nama ini untuk penyamaran.

bbeatyybrrcreators' thoughts