12 Informasi tentang Black Market

AUBREE dan Julie pun kembali ke rumah sewa mereka pada malam itu setelah mereka siap bekerja di kediaman Putera Ketiga. Sepanjang perjalanan hanya diisi dengan suasana sunyi. Aubree sedang berfikir tentang sesuatu. Ketika dia tidak pasti dan mahukan jawapan, Aubree memusingkan kepalanya ke arah Julie.

"Julie, kenapa kita tidak tinggal saja di kediaman Putera Ketiga? Kita kan pembantu di sana juga, kenapa kita kena tinggal di rumah sewa?" tanya Aubree.

Julie berfikir sejenak. Lama dia terkebil memandang Aubree. "Kau tidak ingat?" Giliran Aubree pula yang terkebil-kebil apabila Julie bertanyakan soalan itu. Apabila dia tidak mengingati apa-apa, Aubree hanya menjungkitkan bahunya tanda dia betul-betul tidak tahu.

Julie mengeluh dengan lembut sebelum dia mula menjawab, "Kita bukannya pembantu Putera Ketiga... Kita ialah rakyat biasa yang mencari pekerjaan dan bekerja di kediaman Putera Ketiga. Hanya pembantu rumah yang berasal dari Kerajaan saja yang boleh tinggal di kediaman Putera Ketiga. Sementara rakyat biasa macam kita, kena cari tempat tinggal sendiri."

"Tapi, kontrak kita dengan kontrak pembantu dari Kerajaan Elf adalah sama. Kita harus melayani Putera Ketiga sampailah kita mati, kalau tidak sanggup bayar duit 1000 koin emas itu," kata Julie, mengakhiri penjelasannya kepada Aubree.

Aubree mengangguk tanda faham. "Macam mana saya boleh dapatkan duit yang banyak untuk bayar kontrak tu?"

Julie memandang Aubree dengan wajah yang tidak percaya. Dia terus menudingkan jarinya ke wajah Aubree. "Kau betul-betul mahu berhenti bekerja dengan Putera Ketiga. Kau sudah jadi bodohkah? Pekerjaan sebagai pembantu rumah di kediaman Putera Ketiga itu sudah dikira bagus. Aubree, kau nak cari kerja apa lagi kalau kau berhenti?"

'Memanglah kerja sebagai pembantu rumah di kediaman Putera Ketiga tu bagus tapi bukan untuk seorang assasin macam saya. Saya tidak suka kerja sebagai pembantu rumah di rumah Putera tu.'

Aubree menolak jari Julie yang dituding itu. "Saya memang nak berhenti bekerja di rumah Putera Ketiga... Pasal pekerjaan, jangan risau... Saya boleh urus diri saya sendiri. Kau tak perlu risau," kata Aubree lagi.

Berkerut dahi Julie mendengar penjelasan dari Aubree. Dia tidak pernah nampak Aubree melakukan pekerjaan lain selain daripada keluar dari rumah untuk bekerja di kediaman Putera Ketiga. Malam hari barulah mereka baru pulang dari bekerja. Macam mana Aubree ada masa lain untuk buat pekerjaan lain pula?

"Jadi, macam mana... Apa kerja lain yang boleh bagi saya duit yang banyak dalam masa yang cepat?" Aubree tidak mahu mengalah dan terus bertanya kepada Julie tentang tujuannya.

"Ermm... dapat duit yang banyak dalam masa yang cepat? Kalau nak duit cepat dan banyak... Cuma ada satu pekerjaan saja yang saya terfikir tapi pekerjaan itu terlalu berbahaya." Tiba-tiba saja mulut Julie terlopong dan dia segera memegang kedua-dua bahu Aubree. "Aubree, jangan!! Kau tidak boleh lakukan pekerjaan ini. Pekerjaan ini terlalu bahaya buat perempuan macam kau."

Bingung Aubree melihat perubahan pada wajah Julie. Dia menolak tangan Julie lagi dan mula berpeluk tubuh sambil menghadap Julie. "Apa yang bahaya? Kau belum beritahu apa pekerjaan itu, jadi macam mana saya nak tahu kalau pekerjaan itu bahaya atau tidak?"

"Pekerjaan yang saya maksudkan itu ialah pekerjaan berbahaya yang hanya ditawarkan oleh Black Market. Orang-orang kaya mengupah pembunuh dari Black Market untuk membunuh orang-orang yang mereka target. Bayaran untuk pembunuh upahan dikira mengikut tingkat bahaya target itu. Walaupun kau akan dibayar dengan mahal dan banyak, kau tidak boleh buat pekerjaan ini, Aubree. Pekerjaan ini terlalu bahaya," Julie terus-menerus menerangkan pekerjaan yang berbahaya itu sekaligus menasihati Aubree agar tidak suka hati masuk ke kawasan yang berbahaya itu.

Kening kanan Aubree terangkat ke atas. 'Black Market? Dunia ini pun ada Black Market?'

Di dunia sebelum ini, Black Market juga terkenal di seluruh dunia gelap termasuk Aubree. Aubree sudah sering masuk ke Black Market untuk membeli senjata yang berkualiti tinggi kerana hanya senjata itu saja yang boleh didapatkan di Black Market. Tempat lain tiada...

Aubree juga pernah mendengar khabar kalau Black Market menghulurkan bantuan kepada mana-mana agensi kaya dan berbahaya untuk menawarkan pembunuh upahan yang mempunyai tahap kekuatan yang tinggi.

Nama Aubree pernah diletakkan dalam Black Market sebagai target. Sesiapa yang membunuh Aubree dan membawa pulang kepala Aubree sebagai bukti akan diganjarkan dengan duit yang banyak, cukup untuk menampung kos berbelas generasi nanti.

Kerana marah, Aubree bertindak mencari agensi yang meletakkan notis 'WANTED' tentang dia. Setelah menjumpai agensi itu, Aubree terus memusnahkan agensi itu sehingga tiada apa-apa pun yang tertinggal. Aubree memastikan kalau agensi itu tidak akan berani meletakkan notis membunuh pada Aubree.

Pada masa yang sama juga, Aubree memberi peringatan kepada agensi lain untuk tidak meletakkan notis yang sama atau seluruh agensi mereka akan musnah. Sejak dari peristiwa itu, tidak ada lagi yang berani meletakkan notis 'WANTED' terhadap Aubree.

Di Dunia Elf ini pula, Aubree tidak pernah menyangka kalay ada Black Market di sini. Aubree menjadi teruja pula untuk melawat dunia gelap yang penuh bahaya itu. Mungkin nanti Aubree dapat mencari satu pekerjaan yang boleh membayarnya dengan sangat mahal.

Julie terus memegang bahu Aubree apabila dia melihat Aubree kelihatan termenung. "Aubree, kau dengar apa yang saya cakap? Kau tidak boleh masuk ke Black Market. Tempat itu terlalu berbahaya!"

Aubree tersengih mendengar kata-kata Julie. 'Kawan baru saya ni terlalu risaukan keselamatan saya sedangkan saya boleh jaga diri saya.'

"Kau jangan risau, Julie. Saya tidak akan masuk ke Black Market. Saya akan cari kerja lain yang lagi baik," kata Aubree. Walaupun Aubree memang akan masuk ke Black Market namun Aubree tidak mahu memberitahu Julie tentang keinginannya kerana tidak mahu Julie asyik membebel saja.

Aubree tidak suka orang yang membebel terhadapnya dan Julie ialah orang yang menjadi tangga pertama dalam senarai orang yang suka membebel. Meskipun sudah seminggu berlalu, Julie akan terus membebel perkara yang sama saja.

Aubree bosan bila ditegur dengan perkara yang sebenar. Meskipun Aubree sudah memperbaikinya namun Julie masih terus membebel. Jadi setiap kali Julie membebel, dia akan menutup telinga atau dia akan beredar secara senyap-senyap.

"Lebih baik kau tidak pergi Aubree. Tempat itu terlalu berbahaya. Lagipun, kau itu tidak mempunyai kuasa elemen atau ilmu bela diri. Nanti kalau kau jumpa orang jahat, kau tidak akan dapat lindungi diri kau. Tiada orang yang akan tolong kau," kata Julie pula.

Aubree mengusap kepalanya apabila mendengar bebelan dari Julie. 'Diia mula lagi...' Tidak mahu mendengar bebelan dari Julie, Aubree berjalan meninggalkan Julie.

Melihat Aubree tidak mengendahkan dia lagi seperti selalu, Julie menjadi geram. Dia segera mengejar Aubree yang sudah semakin jauh.

"Aubree, tunggulah!! Kenapa kau jalan ni?? Saya belum habis bercakap lagi!! Hei, jalan pelan-pelanlah... macam mana saya nak kejar kau ni!!??"

"Aubree!!!"

avataravatar
Next chapter