1 SHOPPING?? (CHAPTER 1)

Di sebuah sekolah menengah terdapat beberapa pelajar perempuan yang masih setia menunggu di pondok pengawal menanti akan kedatangan ibu bapa mereka.

Bagi yang suka memotong bawang, mereka meluangkan masa itu dengan membawang sebanyak yang mungkin dan menambah dosa.

Bagi yang rajin dan suka akan ilmu, mereka akan menghadap buku sambil tersenyum apabila dapat menyelesaikan soalan yang diberi.

Bagi yang terlebih aktif, mereka akan berada di padang dan melakukan aktivit senaman, contohnya Ara.

Dia sedang berlari mengelilingi padang sekolah itu yang berukuran 800 meter. Sebelum berlari dia telah melakukan warming up supaya dia tidak akan tercedera apabila bersenam dan melakukan cooling down setelah selesai berlari sebanyak 5 pusingan. Itulah rutin hariannya semasa berada di asrama. Setelah selesai melakukan cooling down dia pergi ke arah rakannya yang sedang belajar di pondok pengawal dengan tekun.

"Farah!!!" Sergah Ara kepada rakannya yang sukakan buku iaitu Farah.

"Opocot mak kau terbang." Melatah Farah apabila disergah oleh Ara tadi.

"Hahahaha. Mak aku tak terbang la. Mak aku berjalan. Hahahaha." Ketawa Ara kepada Farah sambil mempersendakan Farah.

"Kau ni kannn!!! Kalau aku ikat kau dekat pokok baru kau tahu! Terkejut kau tahu tak. Nasib aku tak mati. Kalau tak forever alone lah kau." Marah Farah kepada Ara sambil mencubit lengan Ara yang berada berhadapan dengannya.

"Aduh²! Sakit! Sorry lah, tak tahu pulak kau terkejut, aku ingatkan kau akan baling pen je. Hehehehe" beritahu Ara.

"Sama je kan. Aku terkejut jugak. Hish kau niiiii. Aku cubit kang baru tahu." Beritahu Farah sambil cuba mencubit Ara yang berada di hadapannya.

"Pon... pon....." Nasib Ara sangat baik apabila kereta ayah Farah sudah pun berada di hadapan mereka.

"Bye Farah. Selamat lengan aku. Fuh." Lega hati Ara apabila tahu Farah telah pun datang bagi membawa anak keduanya itu pulang ke rumah. Ayah Farah atau dikenali sebagai Kapten Badrul. Ayah Farah bekerja sebagai seorang askar di bahagian engineer Dan akan turun berperang apabila situasi peperangan berada di saat-saat genting sahaja

"Buka sekolah nanti nanti siap kau aku kerjakan." Farah memberi amaran kepada Ara.

"Baik bos!!! I will wait. See you. Muah" ujar Ara.

"Muah too" Balas Farah dengan mesra.

Selepas beberapa ketika suasana yang bingit tadi bertukar menjadi sunyi. Ara yang masih setia menunggu bapa angkatnya datang hanya berada di situ dengan sabar dan tenang. Dia yang mula rasa kebosanan memakai headphone lalu memasang MP3 nya yang sentiasa berada di dalam poket seluar sleknya.

Setelah lima minit mendengar lagu Ara merasakan bahawa ada seseorang yang telah memegang bahunya lalu memusingkan kepalanya ke belakang bagi melihat gerangan orang yang menepuknya.

"Dah lama tunggu??" Soal Encik Razak atau dikenali sebagai bapa angkat Ara.

"Lama jugak lah. Tapi takpe, Ara sanggup tunggu walaupun mengambil masa selama setahun." Balas Ara kepada bapa angkatnya.

"Jom lah balik dah lambat ni." Cadang Encik Razak.

"Jom!!" Sambut Ara dengan mesra.

Mereka berdua menaiki kereta yang berjenama Mercedez milik Encik Razak. Setelah memastikan semuanya berada di dalamken selamat Encik Razak memasukkan gear lalu membawa keretanya laju meluncur di atas jalan raya.

Setelah 30 minit memandu mereka berdua tiba di hadapan sebuah bangunan yang gah berdiri walaupun sudah menginjak usia 45 tahun.

Setelah meletakkan kereta di kawasan parking yang disediakan di dalam bangunan itu mereka berdua keluar dari perut kereta itu lalu jalan menuju ke pintu tempat membeli-belah di bahagian atas tempat parking kereta.

"Kenapa kita datang sini Uncle??" Soal Ara yang inginkan kepastian daripada Unclenya itu.

"Kita datang sini untuk beli baju dekat Ara la." Jawab Encik Razak dengan tenang.

"Laaa, buat apa beli baju untuk Ara... Arah tak suka shopping baju lain Uncle. Ara suka shopping makanan dan mainan je." Beritahu Ara sambil memuncungkan mulutnya.

"Memang la Ara suka makanan dan mainan je tapi hari ni Ara kena bersiap cantik ² lawa² sebab hari ni istimewa sikit. Ada something yang akan berlaku kepada Ara. Tapi surprise la" Balas Encik Razak dengan selamba sambil memasuki sebuah butik baju dan diikuti rapat oleh Ara.

"Apa yang istimewanya Uncle??" Soal Ara yang tidak sabar-sabar ingin mengetahuinya.

"Kan Uncle dah kata surprise. Kalau surprise mana boleh kasi tahu. Dah lama banyak soal pulak. Ambil baju ni and pergi salin dalam bilik persalinan. Go³" Arah Encik Razak kepada Ara.

"But.. Uncle" ujar Ara

"No.... No.... No.... Hurry up Ara. We're already late you know." Beritahu Encik Razak.

"ARA TAK SUKA DRESS!!!!!" Jerit Ara setelah berada di dalam bilik persalinan kerana dia tidak dapat menyatakan perasaannya semasa berada di luar apabila di diasak oleh Unclenya supaya menukar baju. Encik Razak yang berada di luar hanya mentertawakannya sahaja.

Selepas 10 minit Ara masih lagi tidak keluar dari dalam bilik persalinan, Encik Razak yang menunggu di luar menepuk dahinya lalu menyuruh pekerja di butik itu membantu Ara memakai dress itu. Dia terlupa bahawa Ara tidak tahu cara memakai dress. Setelah 3 minit menunggu Arahan memunculkan dirinya lalu berjalan menuju ke arah Encik Razak sambil memaut lengan pekerja yang membantunya memakai dress sebentar tadi. Ara hanya membuat muka blur yang teramat kerana dia sangat tidak menyukai dress.

Setelah memastikan dress itu sesuai dengan Ara, Encik Razak membayar dress itu di kaunter manakala Ara di arahkan untuk menukar bajunya di dalam bilik persalinan.

Setelah membeli baju mereka memasuki kedai yang menjual kasut. Encik Razak menyuruh Ara duduk di atas kerusi yang disediakan sementara Encik Razak mencari kasut yang sesuai buat Ara.

Setelah 3 minit mencari Encik Razak datang dengan satu pasang kasut yang akan memukau hati para wanita yang melihatnya tapi tidak bagi Ara. Ara berasa menyampah terhadap kasut itu. Namun demi menjaga hati bapa angkatnya dia pakai juga kasut itu dengan separuh rela. Kasut itu amat padan dengan kakinya yang sederhana besar. Setelah membayar kasut itu Encik Razak mengajak Ara membeli tudung bawal pula.

Mereka memasuki kedai yang menjual pelbagai aneka tudung, namun hanya bawal hitam sahaja yang terpahat di hati Ara. Encik Razak yang faham akan cita rasa Ara terhadap tudung memilih tudung bawal yang berwarna pink lembut kerana dia ingin memadankan tudung itu dengan baju dan kasut Ara yang juga berwarna pink lembut. Ara hanya menganggukkan kepalanya sahaja kerana dia malas mahu bertengkar dengan bapa angkatnya perihal tudung. Setelah selesaikan melakukan pembayaran mereka berdua menuju ke gerai yang menempatkan makanan halal.

Ara memilih untuk makan nasi putih bersama ikan siakap 3 rasa bersama air Horlicks ais manakala Encik Razak memilih untuk makan nasi bersama tomyam dan air teh panas.

Mereka menempah 2 bilik hotel yang sedia ada di tingkat ke-7 bangunan tersebut selepas selesai makan di restoran makanan halal tadi.

Mereka berdua berjumpa di lobi hotel pada pukul 8.55 p.m. Ara disuruh memakai semua barang yang dibeli mereka tadi manakala Encik Razak memakai sut tuxedo yang berwarna hitam lalu check out dari hotel itu.

Mereka memasuki kenderaan kesayangan Encik Razak yang berada di tempat parking lalu kereta itu meluncur laju di atas jalan raya menuju ke arah sebuah restoran.

Mereka berdua keluar daripada kereta dan memasuki ke ruangan restoran itu lalu menuju ke arah sebuah meja yang berada di taman kedai itu yang menempatkan seorang perempuan yang sudah berada di pertengahan usia. Kedai itu mempunyai dua bahagian. Satu bahagian berada di dalam restoran itu sendiri satu lagi berada di taman restoran itu.

"Mak pun ada??" Soal Ara kepada perempuan yang berada di meja itu setelah mengambil tempat duduk di sebelah perempuan itu dengan dibantu oleh Encik Razak kerana Ara tidak biasa berjalan memakai kasut bertumit tinggi.

"Ye... By the way, Ara suka tak dengan suasana restoran ni??" Soal Mama Ara yang inginkan kepastian.

"Suka!! Nampak tenang je. I like it." Beritahu Ara dengan jujur.

"Baguslah kalau macam tu. Ermmm Ara, mak nak pergi toilet kejap. Ara tunggu sini eh?" Beritahu Puan Nabila, mama Ara.

"Okeyy...." Balas Ara.

Setelah lima minit berlalu mama Ara masih lagi tidak datang ke situ. Ara mula berasa hairan dan mengambil keputusan untuk mencari mamanya di tandas tetapi di halang oleh Encik Razak kerana Encik Razak ingin pergi ke tandas sekaligus mencari Puan Nabila yang berada di tandas. Ara hanya menuruti lalu menunggu di meja itu sambil bernyanyi-nyanyi.

"Dah lama tunggu???" Soal seorang jejaka lelaki yang tiba-tiba sahaja muncul.

Ara yang berasa hairan memusingkan kepalanya ke belakang bagi melihat wajah lelaki itu. Dia mendapati di belakangnya terdapat seorang lelaki yang memakai tuxedo hitam seperti bapa angkatnya sambil menghulurkan sejambak bunga rose berwarna merah.

"Kau sapa?!?!?!?!" Soal Ara yang pelik dan terkejut.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Sila comment ye??

😊😊😊

By the way, tahun ni saya berada di tingkatan 3, so busy sikit dengan exam PT3.

Lambat la jugak kalau nak update story tambahan pula, otak saya kekurangan idea. Sorry sangat-sangat.

🙏🏻🙏🏻🙏🏻

And sorry kalau cerita yang saya reka tak best.

avataravatar
Next chapter