1 Bab 1

Tajuk :Airman

Ditulis: Menidit Kumang

Bab 1

Kehijauan hutan belantara kepulauan Borneo begitu mendamaikan. Embun tua mula membasahi permukaan bumi. Bukit kelihatan berkabus kesejukan masih melingkari pagi. Sejuk nya terasa hingga ke tulang hitam. Deruan sungai mengalir deras di dengar oleh penduduk yang menghuni Kepuas. Kicauan burung hutan dan ayam mula bersahut sahutan membangunkan seluruh penduduk yang menghuni rumah panjang panjang Aki Sibat.Menjelang nya pagi seperti biasa anak dara dan wanita di rumah panjang pada waktu itu bangun untuk memasak dan mengambil air ke sungai. Sudah menjadi satu rutin bagi kaum dayak iban khas nya yang perempuan untuk membawa labu untuk mengisi air minuman.

Rumah panjang Aki Sibat mempunyai seratus lebih pintu penduduk. Di hujung sekali seorang anak gadis muda yang cantik membawa empat biji labu kosong dan jaring kecil yang dibuat dari rotan untuk menyimpan peralatan mandi seperti 'pakal', 'pau' dan batu penyental daki. Untuk informasi pembaca pakal ialah sejenis kulit buah linggir yang dijemur dan dipakai sebagai sabun di sapukan pada seluruh badan dan di sentalkan bersama batu penyental daki. Manakala pau adalah buah kepayang yang disalai dan pau berfungsi sebagai perawat rambut membuat rambut menjadi lembut semula Jadi pada waktu itu.

Di ruai kelihatan anak muda laki-laki masih berpeluk tubuh menikmati kesejukan pagi. Ruai adalah tempat anak laki laki tidur mereka lazim nya tidur diruai manakala anak dara anak pula tidur di bilik.Namun begitu darjat gadis biasa tidak sama jika gadis itu anak kesayangan bujang berani anak gadis mereka sebuah 'meligai',bukan itu sahaja anak bujang berani juga bukan gadis sebarangan kerana meraka mempunyai kepakaran luar biasa menenun atau menyulam kain dan bijak dalam segala hal berkaitan adat resam. Sewaktu dengan itu jika gadis tersebut adalah gadis biasa saja mereka akan tidur di bilik sahaja.

Seorang gadis muda itu berjalan dengan gemalai sekali menuju ke arah sungai bersama-sama gadis sebaya nya. Manakala wanita wanita yang sudah di usia senja atau tua sudah bangun untuk memberi ternakan makan. Apabila kaki gadis muda itu menghampiri tebingan sungai dia mendengar seseorang memanggil nama nya.

"Sintai, Ohh endu Sintai! Tunggu sekejap"Kaki gadis yang bernama Sintai itu berhenti apabila nama nya di panggil. Bibir nya yang selembut kuntuman bunga hutan liar itu pantas mengukir senyuman. Pancaindera nya menangkap susuk tubuh seorang wanita yang sudah lanjut usia nya berjalan mendekati dirinya.

"Apa apa ' ibuk'"Tanya Sintai ramah sementara menunggu wanita itu menghampiri nya.

"Nanti tolong 'Ibuk' kumpul kayu api. Pakai masak nanti nak harapkan Si Sebai waktu begini pun belum bangun lagi. Pagi-pagi sudah buat sakit hati ."Keluh wanita tua itu.Dari air muka nya terpancar kekecewaan. Sintai simpati menantap wajah tua itu.

"Boleh nanti saya kumpulkan kayu api 'ibuk' nanti. "Kata Sintai sambil mengukir senyuman yang manis tanda dia tidak keberatan untuk menolong mak cik nya.

"Terima kasih endu"balas ibu Sebai dada nya senang melihat senyuman yang terukir di wajah Sintai begitu menyejukkan hati nya.Jauh sekali beza keperibadian anak gadis ini jika di bandingkan dengan anak gadis nya yang selalu sahaja menyakiti hati tua nya.

"Semoga 'Petara' membalas semua kebaikan kamu" ucap nya lagi sebelum melangkah pulang.

Sebai mempunyai keperibadian yang kasar,keras kepala dan pemalas.Semua kerja di rumah mahupun di tanah, ibu nya dan Sintai yang bekerja keras becucuk tanam. Sebai juga cemburu dan dengki melihat Sintai yang selalu memenangi hati ibu nya.Kalau dari paras rupa Sebai tidak kurang cantik nya jikalau di bandingkan dengan sepupu nya Sintai.

Antara mereka berdua Sintai yang selalu menjadi idaman anak muda rumah panjang mereka menyebabkan Sebai seringkali cemburu dan sakit hati melihat Sintai.Sintai bukan sahaja cantik pada wajah nya tetapi keperibadian nya begitu menarik perhatian anak muda di rumah panjang itu.

"Aku akan merebut apa yang Sintai miliki.Aku akan membuat persaingan senyap dengan nya.Aku akan mengunakan kecantikan aku untuk menarik perhatian semua pemuda di rumah panjang ini kerana Sintai tidak layak untuk di puja."Tekad Sebai dengan hati yang membara marah.

#bersambung

avataravatar
Next chapter