1 BAB 1:PERTEMUAN KEMBALI

PERTEMUAN kisah ini bermula apabila Ivy berimpikan hidupnya sebagai bakery. Dia benar-benar ingin mencapai cita-citanya yang sudah lama terbuku apabila pembelajaran menghentikan impiannya,tapi kini dia tekad tiada siapa pun yang dapat menghalang dirinya dari terus berjalan menuju keinginannya itu.

Matahari sudah pun mencerahkan langit biru, terukir satu senyuman dibibir Ivy apabila membayangkan dirinya sebagai bakery. Badannya yang sedikit lenguh diurut lembut lalu dia bingkas bangun dari kasur untuk mempersiapkan diri untuk mencapai impiannya.

Seketika Ivy mengalihkan langkahnya kekiri kemudian berjalan lurus dan tidak sempat beberapa minit dia membelok kekanan pula,entah apa yang terjadi di kota itu tidak satupun kedai kek yang dijumpainya. Kakinya yang tadi terlihat kuat kini sudahpun terketar-ketar mungkin kerana dia tidak bersarapan pagi sebelum keluar.

PAPP!!

Imbangan badan Ivy mula tidak stabil dan akhirnya dia terjatuh menyembah bumi.

"Aduh, kau nih tak boleh jalan elok-elok ka hah, mata mana mata letak dekat lutut ke apa hah." Aku bersuara lantang memarahi pemuda tersebut sehinggakan ramai yang memandang.

Kejadian itu turut dirakam oleh orang yang berada di sekeliling mungkin mereka merasakan itu adalah drama yang patut dirakam. Orang ramai mula melingkari diantara aku dan pemuda tadi mungkin orang yang berada disitu dilahirkan digua agaknya tidak pernah melihat orang bergaduh.

"I'm so sorry,are you okay?" Sepasang tangan dihulurkan ke arah Ivy namun emosi marah sudahpun menguasai dirinya. Ivy bingkas bangun tangan yang tadi dihulur memberi bantuan ditepisnya.

"Kau tak payah nak speakinglah dengan aku.....Okay kau kata, tak nampak ka aku dah terbaring kat tanah nih, habis kotor baju aku." Ivy yang terbawa-bawa emosi memarahi pemuda itu dengan nada yang agak tinggi.

"Aku minta maaf la lagipun aku bukan sengaja langgar kau.... Aku rasa macam pernah jumpa kau lah,kau dulu sekolah Smk Astana kan?"

Mata memandang tanah,otaknya mula ligat berfikir siapa sebenarnya pemuda yang berada didepannya itu. " Kau silap orang kot, takpalah aku gerak dulu tapi lagi sekali aku jumpa kau siap ku aku kerjakan." Jari telunjuknya ditujukan tepat didepan muka pemuda itu.

Ivy meninggalkan seribu satu tanya terhadap pemuda tersebut beserta dengan amaran keras yang diberikan sebentar tadi.

*******

"Siapa mamat tadi? Macam mana la dia boleh tahu aku sekolah Smk Astana nih.. Entah-entah mamat nih stalker tak pun psycho sengaja langgar aku." Bulu romanya mula menegak, tangan kirinya diusap dibelakang leher untuk menghilangkan rasa seram sejuk yang direkanya sediri. "Ehh kau pikir jauh sangat nih Ivy, dah la baik kau tidur besok keluar lagi... Haih mamat nih punya pasal la plan aku nak cari kerja tak jadi."

Tubuhnya dibaringkan di atas kasur dialaskan dengan cadar berwarna kelabu.

TING..

Bagai mentol yang menyala,Ivy terbayang satu wajah jejaka kacak semasa dibangku sekolahnya dahulu. "Takkan la laki tadi Cario!" Anak matanya membesar,wajahnya disembamkan ke bantal."Crush kau dulu pun kau tak ingat ka Ivy." Wajahnya jelas terpapar kekecewaan. "Apasal kau marah dia tadi Ivy." Terpapar wajah kecewa mau taknya lelaki yang dimarahinya tadi lelaki idamannya semasa dibangku sekolah.

******

Keesokan harinya Ivy bergerak pada awal pagi untuk meneruskan pencariannya yang terbantut kemarin.

Jari-jemarinya ligat bergerak dilayar kaca telefon pintarnya untuk menemukan kedai bakery yang berdekatan di kota tersebut. Langkah demi langkah dipercepatkan sekejap dia bergerak kekiri dan sekejap dia bergerak kekanan.

"You have arrived at your destination". Riak wajah Ivy kini berubah ceria apabila mendengar suara gps yang digunakannya telah mengatakan dia telah tiba di destinasi yang dituju.

Pakaiannya yang tidak teratur di rapikan,rambutnya diselitkan dibelakang telinga lalu dia mengukirkan senyuman dibibirnya sebelum masuk ke dalam kedai tersebut.

"Haih apa tak cukup bagus ka aku... Punya la lembut aku cakap takkan tak lepas jugak." Rezeki pada masa itu tidak menyebelahi Ivy,dia mula merungut dan berasa tidak berpuas hati kerana tidak diberikan peluang untuk bekerja di kedai tersebut. Jelas terpapar ekspresi wajah marah dengan kerutan didahi. Dalam perjalanan pulang kerumah habis semua cacian dengan makian keluar dari mulut Ivy terhadap kedai yang tidak menerimanya sebagai pekerja disitu.

Kakinya dihentak setiap langkah menaiki tangga ke biliknya,beg galas yang dibawa dilemparkan diatas katil pintu bilik dihempas kuat. Puan Amira iaitu emak kepada Ivy hanya mampu menggelengkan kepalanya apabila melihat perlakuan anaknya tadi.

******

Bulan sudah muncul memancarkan cahaya pada malam hari. Kenderaan yang dipandu oleh manusia yang bertungkus-lumus mencari atau menyelesaikan pekerjaan mereka di dunia ini mula bergerak pulang ke rumah masing masing untuk berehat dan meneruskan perjalanan pada esok hari.

"Ivy turun mama dah siapkan makan malam." Puan Amira memanggil anaknya yang seharian terkurung di dalam bilik entah apa yang dibuatnya.

Panggilan Puan Amira tidak disahut, beberapa kali juga Puan Amira memanggil anaknya tetapi masih lagi tiada balasan. Puan Amira mula mengorak langkah ke bilik anaknya.

"Haih budak nih.. Bangun, pergi mandi lepastu turun makan." Puan Amira hanya mengeluh melihat anaknya yang tidur dengan pakaian yang sama semasa keluar rumah pada pagi hari tadi. Badan Ivy ditepuk lembut beberapa kali sebelum dia bangun daripada tidur.

"Pergi mendi,mama tunggu dekat bawah." Puan Amira mengatur langkah keluar dari bilik anaknya.

Ivy meregangkan badan dengan matanya yang masih lagi tertutup. Tuala yang disangkut dicapainya sebelum bergerak ke bilik mandi.

Pili paip dipulas,air paip yang jernih mula menyiram setiap inci tubuh Ivy yang tadi masih kering kini sudah basah disirami air. Mata ditutup rapat meninggalkan bunyi air yang jatuh ke lantai, mengigatkan semula dirinya saat hidupnya gembira bersama ayahnya yang sudah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

Ivy adalah anak tunggal dan dia bertekad untuk mengembirakan emaknya dengan membuktikan bahawa dia akan berjaya menjadi seorang anak yang berguna.

******

Ivy menuruni anak tangga sebelum tiba ke dabur disebelah kiri.

"Mama...mama masak apa,wah bau sedapnya." Ivy mula membuka penutup makanan yang menhalang Ivy untuk melihat makanan di dalam.

"Mama ada buat makanan favourite Ivy cepatlah makan." Puan Amira tergelak melihat kelakuan anaknya macam budak tadika itu.

Ivy memeluk emaknya apabila melihat lauk kegemarannya terhidang diatas meja."Thanks ma." Tangan Ivy mula bekerja, nasi dan lauk diletakkan didalam pinggan.

"Mama tahu anak mama nih tak dapat kerjakan."

Muka Ivy menjadi suram setelah emaknya memulakan perbualan tentang pekerjaannya yang tidak diterima.

"Alah anak mama nih jangan la sedih sangat,dekat kota nih bukan satu ja kedai kek, ada banyak lagi nanti kamu pergi la cari kerja dekat sana pulak.. Kamu jangan risau la anak kawan mama ada jugak yang kerja jadi bakery nanti mama tolong tanyakan." Puan Amira mengusap lembut pipi anaknya.

"Anak kawan mama yang mana satu nih?"Ivy memandang tepat ke arah emaknya menunggu jawapan.

"Alah yang dulu satu sekolah dengan kamu tuh. Anak Untie Zahra. Apa nama anak dia mama lupa dah." Puan Amira menggaru garu kepala untuk mengigati semula nama anak Puan Zahara. " Ha mama ingat dah, anak dia tuh yang nama dia Cario."

"CARIO!!"

To be continue..♡

avataravatar