webnovel

Sembilan : Pemulaan Hidup (Semula)

Tettt…tettt…tetttt…tettt… Ad membuka matanya, pengelihatannya kabur. "Dekat mana ni?"Saya di mana? Ad menutup muka dengan tangannya kerana silau dan mengosok-gosok matanya. Sumire yang duduk tertidur di sebelah Ad tersedar setelah mendengar suara Ad.Dia terkejut dalam masa yang sama gembira melihat Ad sudah sedarkan diri.

"Ad dah sedar!, doktor Ad sudah sedarkan diri!"

Sumire segera memanggil doktor yang kebetulan ada berhampiran dengan katil.

"Sumire, Ad dekat mana ni?"

"Ad ada dekat hospital Ad,ad jangan banyak gerak ada masih sakit."

"Ad tak dapat nampak nak melihat dengan jelaslah sumire."

Doktor datang dan memeriksa keadaan Ad. "Cik Sumire duduk di luar sebentar ya. Pesakit baru sedar jadi dia perlukan waktu bertenang sebentar."

"Baik doktor"

"Adrian, kamu jangan risau ya, penglihatan kabur itu hanya sementara, dari masa ke masa akan pulih seperti biasa.kamu ada merasa sakit?

"tak ada doktor,saya cuma merasa sangat dahaga."

doktor memberikan minuman kepada Ad kemudian ad di biarkan rehat.

selang beberapa jam selepas itu Puan Nohara datang dia sudah tidak sabar untuk melihat anaknya yang sudah sedarkan diri.Dia datang kepada Ad sambil menangis dan terus memeluk Ad.

"Anakku maafkan ibu,maafkan ibu kerana tak faham keadaan Ad waktu itu"

Sumire juga menangis melihat mereka.

"Ad okay ibu ad ada untuk ibu ada janji tak buat lagi macam tu."

"Ibu setiap hari berdoa untuk Ad."

"Terima kasih ibu doakan Ad. Ini semua berkat doa ibu dan semua orang, Ad boleh sedar semula."

Esok harinya, Ad sudah boleh dibawa keluar. Dia di tolak dengan kerusi roda ke kereta dan di bawa pulang ke rumah. Setelah sampai di rumah, Sumire orang yang pertama tunduk meminta maaf kepadanya. Dia menyesal tempoh hari kerana menuduh Ad sehinggakan Ad menjadi sangat depressi. Sumire berkata tentang kejadian curi tempoh hari, ada beberapa saksi serta rakaman CCTV di sudut lain yang terlihat kelakuan Joey menyelinap masuk ke bilik guru untuk mencuri dompet milik cikgu Zack.Kejadian kecurian juga masih berlaku walaupun selepas Ad sudah digantung sekolah bermakna Ad bukanlah pelakunya. Ternyata benar, Ad hanyalah mangsa keadaan dan di hukum tanpa usul periksa. Sekarang Joey sudah di tangkap dan dia sudah pun mengaku bahawa dia lah yang meletak dompet cikgu Zack ke dalam beg kamu berserta pisau bagi tujuan mensabotaj kamu. Sekali lagi sumire minta maaf atas kejadian yang menimpa kamu Ad. Ad hanya terdiam sambil mengalirkan air mata.

"Terima kasih semua sudi terima Ad lagi."

Suara tangisan terdengar hingga luar rumah.

Seketika,terimbas semula sebelum Ad tersedar dari koma.

"Ad,emma sudah ubah fikiran,emma rasa dah sampai masanya.Pertama sekali Terima kasih Ad dah pernah mengenal Emma,terima kasih sudah selalu temani emma, Emma tak mahu Ad mati dan pergi selamanya. Kalau Ad masih lagi kekal lama di sini kita takkan dapat berjumpa lagi sebab Ad akan mati,memang betul kata sumire tu."

"Emma…"

"Iya benar dunia ini hanyalah mimpi. Emma lah yang mengawal dunia ini supaya Ad terasa ini bukan mimpi emma cipta dunia khayalan yang indah supaya Ad tak mahu bangun. Tapi emma semakin emma sayang pada Ad keindahan ini lah yang akan membunuh Ad jika berterusan dan ini akan membuat semua orang bersedih.Emma tak mahu itu.Jadi Sekarang Ad pergi lah, pergi ke dunia yang nyata." Ad lihatlah di atas lagi sana.Emma menunjukkan tangan ke arah langit dan sebuah keajaiban berlaku. Tiba-tiba ada sebuah gelung bercahaya menembusi langit sedikit demi sedikit cahaya itu menarik Ad dan Ad menuju keatas.

Dia hanya pasrah dengan apa yang berlaku.Ad menjerit.

Emma!!

"Ad takkan lupakan Emma!"

Ad naik ke atas langit semakin lama semakin jauh dari daratan. Emma melambai-lambai tanda selamat tinggal.

"Kita akan bertemu lagi Ad…"

emma terseyum.

sinaran terang menerangi..

Ad melangkah kaki masuk kelas. Di kelas yang mulanya senyap.

"Selamat kembali ke sekolah Ad !!"

Ad terkejut sebentar dan terharu. Satu kelas menyambutnya kembali. Pengetua sekolah dan cikgu Adam, cikgu Zack juga hadir, mereka berserta dengan pelajar lain tunduk meminta maaf kepada Ad atas pertuduhan yang melulu sehinggakan hidup Ad menjadi kucar kacir. Ad meminta agar semua berhenti tunduk dan berkata dia sudah melupakan semuanya dan mahu mulakan hidup yang baru dengan semua. Suasana menjadi ceria semula seperti sebelum ini.

"Terima kasih semua!"

Ad tersenyum dan duduk di tempatnya. Mereka memulakan pelajaran seperti biasanya. semasa semua sedang giat belajar tiba-tiba pintu diketuk, kelihatan cikgu Zack masuk dan membawa seorang pelajar. Seorang gadis yang tiba-tiba mata Ad tertumpu padanya.

"Kelas hari ini kita ada pelajar baru yang akan menjadi kawan-kawan baru kamu semua."

"Emma??"Teriak Ad.

Ad terkejut melihat pelajar baru itu. Dia tidak menyangka akan bertemu Emma semula. Semua memandang Ad.

"Cubaan yang baik Ad tapi tekaan kamu salah, sila perkenalkan diri kamu." Sambil memandang kepada gadis itu.

"Kenalkan nama saya Himiko Oda, panggil sy Mimi ya."

"Baik Mimi, kamu boleh duduk di kerusi kosong sebelah Ad ya. Mimi duduk di sebelah Ad."

"Muka awak sangat familiar. Awak Emma kan?"

"Saya pun rasa macam pernah jumpa awak. Tapi saya bukan Emma awak ya."

Ad tersenyum.

-Tamat-