webnovel

Lima : Ingat

"Woi! Ad, kau tunggu apa lagi di situ? Cepat lah, siapa sampai di bumbung atas dia lah pemenangnya," seru Joey dengan penuh semangat.

"Tunggu! Joey, datang sini sekejap. Ada sesuatu lah dekat sini," balas Ad sambil memandang sesuatu.

"Dah, kenapa lagi ni? Ada apa?" tanya Joey dengan nada yang penasaran.

"Cuba kau tengok betul-betul dekat bangunan tu," jawab Ad sambil menunjuk ke arah sebuah bangunan.

"Tak ada nampak apa pun," balas Joey sambil menggaru kepalanya.

"Perhatikan dekat tingkap bangunan itu," kata Ad sambil menunjuk ke arah tingkap bangunan tersebut.

Sedang Joey memerhati, dia tidak tahu apa yang Ad mahu tunjukkan kepadanya. Sekilas dia memandang ke sebelah kiri, Ad sudah hilang dari pandangan. Ad berada di tangga atas sambil menahan ketawa dan berkata kepada Joey, "Siapa sampai bumbung atas dia adalah pemenangnya. Hahaha."

"Tak guna! Kau cuma tipu aku saja sebenarnya. Tunggu kau, Ad!" seru Joey sambil mengejar Ad.

Ad terus berlari sampai di atas dan Joey enggan kalah terus mengejarnya. "Kita tengok nanti siapa sampai atas dulu," kata Joey dengan nada yang penuh semangat.

Ad sampai dahulu di atas dan tunjuk lagaknya kepada Joey. "Kau jangan ingat orang yang di belakang tidak boleh maju ke depan," kata Ad sambil tersenyum.

"Iya iya, dengan menipu kan?" balas Joey sambil menggelengkan kepalanya.

"Tiada syarat tidak boleh menipu. Hehe," kata Ad sambil ketawa.

"Baik, Ad. Kau hebat, Ad," ujar Joey sambil tersenyum.

Joey dan Ad berbaring di atas bumbung sekolah. Joey dan Ad juga merupakan kawan baik di dalam sekolah. Mereka berdua dikenal sebagai budak nakal kerana sering mengusik murid-murid yang lain. Tetapi walaupun begitu, mereka bukan budak jahat yang suka membuat kekacauan atau pergaduhan.

Ad dan Joey berkenalan ketika mereka di kelas 2. Waktu itu, Joey dilihat duduk sendirian di atas bumbung sekolah dan Ad datang di atas untuk mengambil angin. Dia tidak tahu ada orang di atas. Sampai di atas, dia terlihat Joey di sana.

"Kau buat apa seorang di atas tu? Macam banyak masalah di fikir saja," kata Ad sambil tersenyum.

"Tak ada apa, cuma terfikir apa itu maksud sahabat," jawab Joey dengan nada yang sedih.

"Kamu tak ada sahabat?" tanya Ad dengan nada yang penasaran.

"Apa kau tahu?" balas Joey sambil menunduk.

"Ya, mestilah tahu sebab aku tidak pernah nampak kamu berkawan dengan sesiapa. Joey hanya terdiam," kata Ad sambil menepuk bahu Joey.

"Mulai hari ini kita adalah sahabat," kata Ad sambil menghulurkan tangan mahu berjabat dengan Joey.

Joey memandang Ad seperti ada satu sinaran datang dalam hidupnya. "Sahabat…" ucap Joey sambil menyambut jabatan tangan Ad. Itu lah titik persahabatan mereka bermula.

"Aku nak turun dulu ya, Joey. Sumire dah tunggu aku dekat bawah," kata Ad sambil bangun dari bumbung.

"Baik, sahabat," balas Joey sambil tersenyum.

"Jumpa esok, buddy!" kata Ad sambil melambaikan tangan.

Ad turun di bawah dan berjumpa dengan Sumire. Ad dan Sumire merupakan pasangan di sekolah itu. "Hai, manis. Kita nak pergi mana balik sekolah ni?" tanya Ad sambil tersenyum.

"Terpulang pada Ad, di mana juga boleh. Sumire ikut Ad sahaja," jawab Sumire sambil tersenyum.

"Kita pergi makan cendol!" kata Ad sambil menaiki motorsikalnya.

Ad dan Sumire menaiki motorsikal yang dibawa Ad ke sebuah gerai cendol yang terkenal di kawasan itu. Mereka berdua sangat bahagia. Sedang mereka menikmati cendol, Sumire bertanya sesuatu kepada Ad.

"Ad, bila kita nak kahwin ya?" tanya Sumire dengan nada yang penuh harapan.

Cendol yang sedang Ad sedut tersembur keluar semula. "Kamu buat Ad terkejut lah, Sumire. Kita baru kelas 2," kata Ad sambil tersenyum.

"Bermakna Ad dah tak sayang Sumire lah ya," kata Sumire sambil menunduk.

Ad menjadi bingung hendak menjawab soalan Sumire. "Bukan begitu, kita kan masih di kelas 2, masih ada 4 tahun lagi untuk kita habiskan persekolahan. Lepas itu baru lah kita kahwin," kata Ad sambil memandang Sumire.

"Hmm…walaupun jawapan tidak berapa meyakinkan tetapi tak apa, Sumire pegang kata-kata Ad tu. Semoga kita bersama sampai bila-bila ya, Ad," kata Sumire sambil tersenyum.

Ad hanya tersenyum.

Keesokan harinya, Joey datang kepada Ad seperti ada sesuatu yang penting ingin dibicarakan. "Ad, sini kejap. Aku ada sesuatu rancangan dengan kau," kata Joey dengan nada yang serius.

"Apa dia tu, Joey?" tanya Ad dengan nada yang penasaran.

"Aku nak ajak kau pergi satu tempat, jom ikut," ajak Joey sambil tersenyum.

"Pergi ke mana tu?" tanya Ad dengan nada yang penasaran.

"Ikut saja lah," jawab Joey sambil tersenyum.

Joey membawa Ad ke kawasan bilik guru pada waktu itu. Tiada orang di bilik itu kerana guru-guru sedang mengajar dan sebahagian sedang bermesyuarat.

"Kau sahabat aku kan, Ad?" tanya Joey dengan nada yang serius.

"Iya, aku sahabat kau," jawab Ad dengan nada yang yakin.

"Boleh tak kau janji dengan aku kau akan simpan rahsia ni?" tanya Joey dengan nada yang serius.

"Err, boleh…" jawab Ad dengan nada yang ragu-ragu.

"Apa yang kita buat ni sekali je dan takkan ada orang tahu. Pagi tadi sewaktu aku pergi bilik guru untuk ambil kapur, aku nampak Cikgu Zack letakkan dompet dia di laci meja dia," kata Joey dengan nada yang serius.

"Jadi sekarang kau mahu aku curi?" tanya Ad dengan nada yang terkejut.

"Tepat sekali," jawab Joey dengan nada yang yakin.

"Kau dah gila? Aku memang nakal tapi bukannya pencuri," kata Ad dengan nada yang marah.

"Sekali ni saja kita buat, Ad," kata Joey dengan nada yang penuh harapan.

"Ah, aku takkan ikut. Kalau kau nak curi, kau pergi seorang diri sana. Aku tak ikut campur," kata Ad sambil berjalan pergi.

Ad terus pergi berjalan setelah berasa dingin dengan Joey. Joey terus berkata kepada Ad, "Kau kata kita sahabat!"

"Aku tak bersahabat dengan pencuri!" balas Ad dengan nada yang marah.

"Kau tunggu nanti, Ad," ucap Joey dalam hati.

Pada keesokan harinya, kelas dimulakan seperti biasa. Tiba-tiba, pengetua sekolah mengetuk pintu. Sangat jarang untuk pengetua masuk ke satu kelas kecuali jika ada pengumuman penting. Pengetua datang bersama pengawas sekolah. Pengetua datang kepada Cikgu Adam yang pada waktu itu sedang mengajar ke kelas dan memberitahu sesuatu kepada Cikgu Adam. Muka Cikgu Adam terlihat sedikit terkejut dan mengangguk-angguk sedikit dengan apa yang diberitahu pengetua.

"Adrian, bangun!" seru Cikgu Adam dengan nada yang serius.

Nama Ad dipanggil dan pelajar lain menjadi kebinggungan dengan apa yang berlaku.

Pengawas menuju kepada Ad dan mengambil beg Ad. mereka membuat pemeriksaan dan menjumpai sebuah dompet berserta sebilah pisau.

Ad amat terkejut bagaimana barang tersebut ada di dalam begnya.

"macam mana benda ini boleh ada dalam beg saya?"

cikgu,saya tak tahu kenapa dompet ni ada dalam beg saya!

"Ternyata kamu lah pencuri yang selama ni curi barang-barang di sekolah ya."

"Bukan saya! Saya tak tahu apa-apa!"

"Ad ikut saya pergi ke bilik guru sekarang."